Solat Berjemaah Bagi Non-Muslim & Sains
Assalamualaikum wbt.... Cerita ini aku jumpa dalam laptop aku, dalam dok baca-baca something aku terjumpa artikel nie..so lepas nie kalu sapa-sapa yang pernah dengar cerita nie jangan lak cakap yang aku copy, tp betul la jugak aku copy cat jer, tapi untuk kebaikan semua jugak kan..so bermula kisahnya dari bawah nie. Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih