Sunday, May 29, 2011

Jika Tiada Jodoh Antara Kita


Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau menyalahkan takdir
Kerana itu memang suratan antara kita

Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau berikan aku alasan
Alasan mengatakan aku curang

Jika tiada jodoh antara kita
Terimalah seadanya
Bahawa aku bukan untukmu

Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau merosakkan dirimu
Kerana mungkin ada cinta sejati menantimu

Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau berdendam kepadaku
Kerana itu bukan kehendakku

Jika tiada jodoh antara kita
Biarlah kenangan itu berlalu
Usah engkau simpan lagi

Jika tiada jodoh antara kita
Mungkin itu terbaik untukmu
Untuk memdapat cinta yang baru

Jika tiada jodoh antara kita
Mungkin itu adalah hikmah
Kerana itu adalah yang terbaik untuk kita


Jika tiada jodoh antara kita..
Aku redha...Aku pasrah dengan ketentuan-Mu Ya Allah...
Hanya Engkau Maha Mengetahui mana yang terbaik buat diriku ini...



Ingin sekali aku pergi bawa diri

Tapi ke mana arah

Rasanya sudah tak kuasa lagi

Persoalan inilah yang silih berganti

Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Terima kasih pada semua............