Sunday, December 19, 2010

Solat Berjemaah Bagi Non-Muslim & Sains

Assalamualaikum wbt.... 

Cerita ini aku jumpa dalam laptop aku, dalam dok baca-baca something aku terjumpa artikel nie..so lepas nie kalu sapa-sapa yang pernah dengar cerita nie jangan lak cakap yang aku copy, tp betul la jugak aku copy cat jer, tapi untuk kebaikan semua jugak kan..so bermula kisahnya dari bawah nie.

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.

Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita.

Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini.

Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya’ (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya Pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.

***3:190***
190. “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, “

***3:191***
191. “(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. “


..terima kasih kepada penulis, moga diberi ganjaran oleh Allah..

Monday, December 13, 2010

BBQ

Assalamualaikum wbt... arini menu utk dinner aku wat bbq...rasa teringin nak mkn kan, bahan2 dah perap. tinggal nak dipanggang jer malam nie. Bab tu kena tunggu ayah aku untuk hidupkan api, al-maklum lah dia kan bomba, lebih memahami tentang api. Hahahaha..dh letakkn gmbrnya..sory xclear sgt, al-maklum lah hp cikai jer....

sediakan arang untuk membakar


bahan panggang hendaklah diperap terlebih dahulu

arang diperlukan

proses membakar dijalankan

ikan telah pun siap dibakar

sotong yang dah siap, berair kerana bakar dalam aluminium foil

ayam menunggu turn untuk dibakar

dah diletakkn diatas bara

proses pembakaran

proses diteruskan

Saturday, December 11, 2010

Lewat Semesta

Assalamualaikum wbt. Dah beberapa hari aku letak algu nie dalam blog aku, sekarang aku nak share lirik lagu nie plak dengan korang. memang layan la dengar lagu nie. so kta enjoy...hehehe :-)


satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa

dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa
menjaganya, menjaganya
reff:
wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan
begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku

Wednesday, December 8, 2010

Bicara Hati

Dikala hati tidak keruan ketika ini, apa lagi yang mampu aku lakukan hanyalah berserah segala-galanya kepada Allah SWT. Kenapa ini semua harus terjadi kepada diri aku?? aku tidak sekuat yang disangka, aku mudah lemah dengan semua dugaan yang mendatang. Kalau aku bersalah, aku mohon maaf, tapi jangan buat aku macam nie. aku tak mampu bertahan tengok layanan mu yang amat dingin terhadap ku. dengan orang lain boleh engkau bercerita itu dan ini, tp dengan aku, kau pandang pun tidak. aaarrghhh....aku benci diperlakukan sebegini.

Monday, December 6, 2010

tiket bus

Assalamualaikum wbt...penatnya rsa badan nie, tambah pulak rasa sakit kepala sebab menangis plus kena hujan kan tadi lepas exam. Haa lupa pulak nak bagi taw kat kawan-kawan semua kn. Masuk ari ni, aku dah habis 4 paper untuk final exam aku kali nie. Alhamdulillah la exam arini, aku boleh menjawab dengan penuh yakin. Hehehe. Best sangat. Sebabnya 3 paper sebelum nie, aku rasa teruk sangat, macam aku masuk kelas but nothing yang aku taw. sedey wey. kalu korang kat tempat aku, aku rasa korang pon akan rasa benda yang sama. sebenarnya, aku nak cerita pasal booking online. tak kisah la tiket bus ka, tiket kapal terbang ka, tiket ketapi ka. janji kena booking dulu...janji kena bayaq online. hahaha. booking online nie ada pro dan kontra nya jugak. contohnya, kalu macam aku nie, aku prefer untuk book tiket online, bagi aku lagi senang sebab aku nie bukannya ada transport kan, so susah la nak keluar ke sana ke sini di parit raja nie. ayat macam tak bersyukur la pulak, tp korang jangan salah faham, aku bukan maksudkan macam tu, cuma sedikit rasa susah bila tak ada transport di sini. kalu aku dok kl dulu, alhamdulillah aku tak hadapi masalah nie. sebabnya di kl dulu kan banyak public transport. ok-ok...back to cerita asal k, aku nak buat online booking tadi, tapi salah sendiri la jugak, aku terlupa nak masukkan password kad kredit, so payment fail la. aku sedey sangat. pastu terus dah tak nak buat balik step tadi dari mula. kebetulan esok ecah nak keluar, so aku kirim kat dia jela. online jugak tu sebab aku x yah keluar dan berjalan ke kaunter tiket. Hehehe. thanks ecah k. be my side when i need someone.

Mood : sedey sbb tiket ke Kedah khabarnya dah xdak...

Wednesday, December 1, 2010

Pilih Pasangan

BAGI yang belum pernah menempuhinya, melayari alam perkahwinan atau rumah tangga mungkin dianggap mudah. Hakikatnya, terdapat banyak ranjau dan duri yang harus ditempuhi. Bagi mereka yang tidak sabar dan kurang persediaan, rumah tangga mudah bergoncang apabila dilanda badai, sehingga membawa kepada perceraian.Begitupun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk menidakkan keperluan berumah-tangga kerana kerana, masih banyak pasangan yang berjaya dalam perkahwinan. Rumah tangga mereka dipenuhi dengan keharmonian dan kasih sayang. Mereka kekal sebagai pasangan suami isteri yang bahagia  sehingga akhir hayat.  Walaupun perkahwinan anda berada dalam keadaan baik, seharusnya sentiasalah beringat. Segera atasi sebarang masalah yang timbul dan jangan ditunggu ia menjadi semakin parah. Di saat itu segala-galanya mungkin sudah terlambat. Menurut penceramah bebas, Shafie Jali, seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang, seharusnya bersedia memberikan perhatian sepenuhnya kepada perkahwinan, juga kepada pasangan masing-masing. Ini bermakna katanya, jika perkahwinan mula bergoyang, jangan segera mengaku kalah atau menyalahkan antara satu sama lain.  “Sepatutnya, mereka sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menjernihkan keadaan,'' katanya pada bengkel Mencari Calon Idaman anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Shafie tidak menolak, dalam zaman yang penuh mencabar, melayari kehidupan berumah tangga bukan sesuatu yang mudah.Katanya, jika tidak berhati-hati bererti sepanjang hayat akan menanggung rasa penyesalan yang tidak terhingga. Beliau berkata, sikap berhati-hati dalam menentukan pasangan adalah ciri penting bagi lelaki dan wanita sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.Islam sendiri katanya, meletakkan beberapa garis panduan yang diberikan dalam mencari calon isteri atau suami yang baik. Menurut Shafie, masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing -masing.Beliau berkata, di dalam Islam bersifat selektif atau memilih sememangnya digalakkan.  “Sebab itu disunatkan diadakan pertunangan terlebih dahulu supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan,'' ujarnya. Mengenali pasangan kata Shafie, bukanlah bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.Sebaliknya, ia lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'. Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal semata-mata.Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.``Sebaik-baiknya untuk mengenali orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak hidup, perangai serta keluarganya,'' ujarnya. Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Shafie berkata, pada dasarnya, seseorang itu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga mengamalkannya.Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.”Mereka akan sentiasa peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya. Menerangkan pula makna sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.Ini termasuklah dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang.”Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.”Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya. Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;``Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.'' Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur ayat 26; “Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik''. Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. ”Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. “Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang,'' tegasnya. Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini menurutnya, akan mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. “Begitu juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin. “Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk,'' katanya. Justeru katanya, keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelaki yang menjadi ketua keluarga.