Posts

Showing posts with the label Renungan

Kawan dan Kahwin

Image
Assalamualaikum wbt.... dikala aku menulis entry ini, aku sedang bersendirian di kamar bilik di kolej. Aku dah selesai dengan belajar untuk semester nie, final exam dah habis, PSM pon dah settle. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah permudahkan aku dalam banyak hal sepanjang aku berada dalam semester ke-7 nie. Tinggal 1 semester lagi untuk aku habiskan degree aku, tiba-tiba perasaan tak sabar datang menyelubungi diri aku. Tak sabar nak habis degree, tak sabar untuk bekerja, tak sabar untuk bantu  mak dan ayah, tak sabar untuk memegang duit gaji sendiri, dan macam-macam lagi lah yang aku tak sabar nak buat. Ok, enough about that.  Tujuan utama aku nak menulis tadi adalah tentang kawan dan juga kahwin. Entry nie aku tujukan khas untuk diri aku. Ada ka orang buat macam tu? Mesti la ada, dan orangnya adalah aku sendiri la kan. Hahahaha. Sebenarnya entry ini lebih kepada bercerita tentang diri aku sendiri. Aku sebenarnya nak menjelaskan kepada orang-oran...

Amalan Yang Terbalik

Tulisan ini adalah bertujuan untuk kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik. 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah...

Benci

Image
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku nak share ilmu hal rumah tangga la pulak, tapi korang jangan la pula nak salah sangka okay. Aku masih single, dan belum ada lagi tanda-tanda untuk berumah tangga, cuma tadi nie terbaca artikel nie, that why aku nak share kat sini. Bagi readers aku yang dah berumahtangga, jadikan la isi artikel nie sebagai pedoman, bagi yang masih single macam aku nie, belajar-belajar la jugak k, sebab kita nanti pon akan berumahtangga...hehehe :-) 7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI  C1. CABAR Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)". Dr Fadillah kata 'JGN CABAR SUAMI' .. nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata. C2. CABUL Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) spt keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua. C3. CELUPAR Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap... C4. COMOT...

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘ si dia ’ . 2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘ si dia ’ bukan jodoh untukmu. 3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘ si dia ’ . 4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya. 5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan. 6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. 8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya. 9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang t...

AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI.....

AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI...IA ADALAH JALAN MENGHAMPIRI ZINA Berikut dinyatakan bahaya dan keburukan budaya yang tidak sihat ini mudah-mudahan individu yang bergelar REMAJA DAN PELAJAR tidak terlibat dengannya. KEBURUKAN DAN BAHAYA BERCOUPLE: 1. Melanggar perintah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32) Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang tiu kepada perbuatan keji tersebut. 2. Langkah pertama kepada berlakunya zina Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bia seseorang telah melakukannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya...

Malu dan cemburu

Assalamualaikum wbt...         Maaf lagi sekali. Beribu kali maaf pon, tapi asyik juga melakukan hal yang sama. Itulah fitrah manusia, tiada yang sempurna, begitu juga aku. Aku berasa begitu sedih dikala ini, aku sendirian di bilik, roomate semua tak ada, ada yang ke kelas dan ada juga yang ada discussion untuk presentation. After maghrib tadi, aku terbuka profile akis, then nampak lah dia dengan gf baru dia. Memang di mulut aku cakap yang aku happy bila tengok dia dah happy sekarang, tapi hati aku. Aku tak mungkin dapat tipu yang aku sebenarnya sangat sakit tengok mereka berdua bahagia, sedangkan aku, masih sendiri, masih mencari siapa diri aku, masih tak tahu hala tuju hidup, aku yang masih ntah apa-apa lagi.          So sekarang tak nak la cakap pasal benda yang sedih nie lagi, aku mesti move on. Aku mesti melakukannya, aku mesti. Tiada apa yang dapat menghalang. Nak cerita bab yang memalukan dalam hidup aku. Kelakar pon ada la juga kan...

Al-Hadid

Image
Assalamualaikum wbt... kini kita telah 18 hari melalui bulan Julai, Nisfu Syaaban pon dah lepas. Niat hati nak jugak buat entry berkaitan dengan hari bersejarah dalam Islam, tapi niat tinggal niat jela, saya busy dengan hal-hal yang entah apa-apa. So untuk itu, semperna bulan Syaaban nie, saya nak share kandungan atau maksud 5 ayat dalam surah Al-Hadid. Yang bermaksud, *Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. *Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  *Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   *Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik p...

Minta Dijauhkan Dari Segala Sifat2 Yang Terkeji

Assalamualaikum wbt...sebenarnya entry asal saya dah pon mula menulis, tapi masih belum siap pengakhirannya. Minta maaf yer. Tapi tadi nie ada baca something kat wall post kawan tajuknya : JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI.. Then rasa terpanggil untuk share kat blog la..benda baik kn..kena lah share... nak mintak dengan ownernya, xleh nak komen lak..so saya letak linknya disini, kalu lah ownernya terbaca..saya minta izin yer share kat blog... Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :  " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah " . 1. Wanita Ananah   : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 2. Wanita Mananah  : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rum...

Keutamaan Membaca Bismillah

Image
Maksud hadits Nabi s.a.w , Bahawa ada suatu kaum yang datang pada hari kiamat sambil mengucap Bismillahirrohmanirrahim.Lebih berat kebajukan mereka dari keburukan mereka.Lalu berkata umat2 yg lain."Alangkah beratnya timbangan amalan kebajikan mereka.". Sesungguhnya menjadi sedemikian itu kerana mereka memulai segala pembicaraan mereka dengan Bismillah .....Kerana bismillah ......itu namanya Zat Allah Yang Maha Agung. Kalau sekiranya diletakkan langit dan bumi di dalam neraca timbangan serta isinya dan apa yang ada dalam timbangan itu nescaya beratlah lagi timbangan khalimah Bismillahirrahmannirrahim. Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi umat ini Bismillah itu keamanan dari tiap bencana dari intaian setan terkutuk.Dijadikan obat dari segala macam penyakit,dari kehinaan,kebakaran,keburukan dengan berkat Bismillah (til end) Hadith dari Anas bin Malik dari nabi s.a.w yang bermaksud : Andai kata pohon2 dijadikan pena,semua lautan dijadikan tinta lalu berkumpullah semua j...

Solat Berjemaah Bagi Non-Muslim & Sains

Assalamualaikum wbt....  Cerita ini aku jumpa dalam laptop aku, dalam dok baca-baca something aku terjumpa artikel nie..so lepas nie kalu sapa-sapa yang pernah dengar cerita nie jangan lak cakap yang aku copy, tp betul la jugak aku copy cat jer, tapi untuk kebaikan semua jugak kan..so bermula kisahnya dari bawah nie. Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa le...

Pilih Pasangan

Image
BAGI yang belum pernah menempuhinya, melayari alam perkahwinan atau rumah tangga mungkin dianggap mudah. Hakikatnya, terdapat banyak ranjau dan duri yang harus ditempuhi. Bagi mereka yang tidak sabar dan kurang persediaan, rumah tangga mudah bergoncang apabila dilanda badai, sehingga membawa kepada perceraian.Begitupun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk menidakkan keperluan berumah-tangga kerana kerana, masih banyak pasangan yang berjaya dalam perkahwinan. Rumah tangga mereka dipenuhi dengan keharmonian dan kasih sayang. Mereka kekal sebagai pasangan suami isteri yang bahagia  sehingga akhir hayat.  Walaupun perkahwinan anda berada dalam keadaan baik, seharusnya sentiasalah beringat. Segera atasi sebarang masalah yang timbul dan jangan ditunggu ia menjadi semakin parah. Di saat itu segala-galanya mungkin sudah terlambat. Menurut penceramah bebas, Shafie Jali, seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang, seharusnya bersedia memberikan perhatian se...

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya . Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita . Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wa...

Pedoman Kawal Sifat Buruk

Image
APAKAH.... 1)   penawar kepada kemarahan? 2) sikap terburu-buru? 3) terlalu mengikut hawa nafsu? 4) keraguan?  5) kebatilan ? 6) kebakhilan? Sifat itu dibenci Allah kerana boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Apabila marah menguasai diri, maka seseorang itu boleh melakukan perkara di luar batasan kemanusiaan. Begitu juga apabila hawa nafsu bertakhta di jiwa, semua larangan Allah akan dilanggar bagi mencapai kepuasan diri.  Dalam hal ini, Luqman Al-Hakim ada memberikan pedoman bagi mengawal sifat buruk itu. Nasihatnya: "Hai anakku! Tewaskan kemarahanmu dengan sifat sopan-santunmu, keterburuan dirimu dengan sifat tenangmu, hawa nafsumu dengan ketakwaanmu, keraguanmu dengan keyakinanmu, kebatilanmu dengan kebenaranmu dan kebakhilanmu dengan kebaikanmu (pemurah). "Jadilah engkau orang yang tenang dan sabar dalam kesempitan, yang gembira dalam kebencian, bersyukur dalam kemewahan, khusyuk dalam solat dan segera bersedekah." Dalam soal mempelajari ilmu, Luqman me...