Kawan dan Kahwin

Assalamualaikum wbt.... dikala aku menulis entry ini, aku sedang bersendirian di kamar bilik di kolej. Aku dah selesai dengan belajar untuk semester nie, final exam dah habis, PSM pon dah settle. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah permudahkan aku dalam banyak hal sepanjang aku berada dalam semester ke-7 nie. Tinggal 1 semester lagi untuk aku habiskan degree aku, tiba-tiba perasaan tak sabar datang menyelubungi diri aku. Tak sabar nak habis degree, tak sabar untuk bekerja, tak sabar untuk bantu  mak dan ayah, tak sabar untuk memegang duit gaji sendiri, dan macam-macam lagi lah yang aku tak sabar nak buat. Ok, enough about that. 

Tujuan utama aku nak menulis tadi adalah tentang kawan dan juga kahwin. Entry nie aku tujukan khas untuk diri aku. Ada ka orang buat macam tu? Mesti la ada, dan orangnya adalah aku sendiri la kan. Hahahaha. Sebenarnya entry ini lebih kepada bercerita tentang diri aku sendiri. Aku sebenarnya nak menjelaskan kepada orang-orang yang dah tersalah anggap pada diri aku, aku tak taw macam mana nak huraikan pada dorang, that why aku tulis benda tu kat sini jela, walaupun aku taw yang dorang tak membaca blog aku nie, janji aku rasa puas sebab aku dah luahkannya.

Berkawan. Aku adalah seorang perempuan yang sangat suka berkawan. Aku dapat rasakan yang aku mempunyai lebih banyak kawan maya dari kawan di dunia yang nyata. Kenapa aku cakap macam nie, sebab salah satu hobi aku adalah berchatting. Hahahaha. Silalah ketawa kan aku. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu, tengah dok syok2 chatting, aku terperasan yang sorang budak nie, tetiba ja cakap macam nie : “ingat jugak teman sekolah aku dengan aku” so, aku terkejut la kan bila dia cakap macam tu, then aku pon pi la buka profile dia, tolong la, aku tengok-tengok rupanya budak tu adalah secret admire aku dulu time sekolah.

 Haaa malu giler la aku rasa kan. Macam mana aku boleh tak perasan dia tu, sedangkan dia kata dah lama dia tengok aku dalam tu, Cuma dia tak nak la tegur. Korang boleh bayangkan betapa malunya aku masa tu. Allah jela yang taw kan.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Itu dah settle sorang, pastu ada lagi nie, aku ada la juga kenal dengan sorang nie, tapi yang nie special sikit, sebabnya dia nie sudah berpunya. Berpunya disini bermaksud sedah bertunang/berkahwin. Mana-mana yang korang suka, korang pilih la. Hahahaha. Aku dengan dia nie, aku dah anggap macam abang aku sendiri, Cuma hubungan kami, tidak boleh diketahui orang pasangan dia. Takut nanti ada yang salah paham, so kami keep in secret la kan. Dia baik, paham tentang diri aku, dan kami mempunyai banyak persamaan, terutamanya bab kereta la, al-maklum lah aku nie kan gile kereta sikit. Sikit ke?? Banyak jugak kot, hehehe, so dari situ kami selesa untuk berkongsi macam-macam, masalah suka dan duka.

Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang pernah aku ada, memang la banyak, tapi aku akan cuba untuk ingat kembali semuanya ya, okay….
1.      Seorang yang berusia 40-an
2.      Seorang duda
3.      Seorang senior
4.      Seorang junior
5.      Mat rempit
6.      International
7.      Yang kenal di alam maya lagi la kan, bermacam-macam…

      List tu aku tak nak lah specific kan nama dorang, nanti jadi lain pula. Baik aku dan adik aku jer yang taw sapa mereka-mereka tu. Aku memang dah cakap tadi kan, yang aku nie suka sangat-sangat berkawan, tapi tak ada sorang pon yang aku jatuh cinta. Aku tak kenal apa makna cinta. Yang aku taw makna sedih ditinggalkan. Bila kita putus kawan pon mesti la rasa sedih kan, sebab kita dah hilang tempat untuk kita berkongsi rasa suka dan duka.

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Aku nak sangat jadi macam dalam hadis nie, tapi apa kan daya, Allah lebih mengetahui segalanya. Aku hanya mampu merancang, tapi Allah yang akan tentukan semuanya. Andai jodoh persahabatan kami tidak panjang, Allah pertemukan aku dengan orang lain. Beginilah aku sebenarnya, aku hanya berkawan dengan sorang dalam satu masa, tapi, bila dah berpisah, aku cepat berjumpa dengan yang lain, disebabkan hal ini, orang sekeliling aku menganggap aku sebagai play girl. Aku benci dikata begitu, aku bukan play girl. Aku tak main-main berkawan dengan dorang nie. Aku serious. Cuma jodoh kami tidak panjang, kami putus, dan Allah utuskan orang lain selepas mereka, aku dah di cop sebagai play girl. Ini tidak adil bagi diri aku.

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)

Alhamdulillah dalam ramai-ramai sahabat yang telah aku berkawan, semuanya adalah insane-insan terbaik yang pernah aku jumpa. Disebabkan mereka semua lah aku menjadi dewasa dan punya pengalaman yang cukup untuk aku tempuh dugaan yang mendatang. Aku bersyukur Ya Allah, terima kasih sebab menghadirkan  mereka dalam hidup aku, dengan mereka aku kenal siapa lelaki yang sebenarnya. Dalam suka, pasti ada juga duka nya, setiap yang manis pasti ada juga pahitnya. Aku tak nafikan, sepanjang berkenalan dengan mereka-mereka, aku turut pernah merasa sakit, sedih dan macam-macam lagi. Sebab tu aku happy sangat walupun dah putus kan.

Tapi walau bagaimana sekali pun,

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Disini aku selitkan doa untuk sahabat-sahabatku sekalian:

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Kita juga diunjurkan untuk bermanis muka,

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز
“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
1)      iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2)      menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3)      menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4)      mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5)      menziarahinya ketika sakit,
6)      mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7)     tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Sekian lah dulu tentang bab kawan, itu baru bab kawan, lepas nie aku nak cerita pula bab kahwin. Dekat-dekat cuti sekolah nie kan, aku dapat banyak jemputan untuk ke majlis perkahwinan.
undangan yang tak taw dapat hadir or x (sekadar gambar hiasan)

apa motif letak picture cincin kawen pon tak taw

Tapi aku tak taw la dapat hadir atau tidak, sebab family aku ada banyak perancangan semasa cuti sekolah nie, dah mak aku kan cikgu, tentu-tentu dah cuti, pastu apa lagi, berjalan la kerja kami nie. Hehehehe. Kalau tahun lepas 2 orang sepupu aku telah selamat melansungkan perkahwinan, tahun ni pula insyaAllah ada lagi 2 orang akan ikut jejak langkah yang sama. Pada 22hb nie, sepupu aku di Penang akan bertunang, pada 29hb pula sepupu aku di Pendang pula nak bertunang. Aku??
teringin nak pakai cincin nie nanti....

Ntah la, aku berserah pada jodoh, kalu Allah dah kata jodoh aku belum sampai lagi, aku terima. Aku redha. Aku pasrah.

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)

 Aku tumpang gembira untuk sepupu-sepupu aku. So, sekarang tingallah aku jer yang single. Hehehe. Xpela kan, aku nie belajar lagi, dorang tu dah kerja, memang dah boleh kahwin pon.
yang nie untuk sepupu di Penang
yang nie pulak untuk sepupu di Pendang


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

So, sekian enrty aku pada kali nie. Panjang jugak aku melalut erk..sorry yer..wassalam….

Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn