Posts

Showing posts from 2016

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

Image
Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar. Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “ Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan. ” Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam: 1. Berkemampuan Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah : “Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.” Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk

10 Tips Melupakan Seseorang

Assalamualaikum WBT... Saja lah kan nak share dengan korang tip-tip untuk melupakan seseorang. 1. Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari... 2. Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung 3. Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi.. 4. Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... . 5. Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala... 6. Pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang

10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA

1. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan.. 2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa. 3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Co

3 Orang Pesalah

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek… Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan.. Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…". Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan… "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…" Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan… Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan… "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan

BiLa PaDeRi BuKa RaHSia

Assalamualaikum dan salam sejahtera... "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" Hayati kandungannya Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permin

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt... Selesai sudah sesi ujian kelayakan calon guru interim guru kolej vokasional. Semoga rezeki menyebelahi aku. Harap dapat lah. Penat sungguh-sungguh lah kemarin, jalan pon dah tak berapa nak betoi sekarang nie. Hahahaha... Nanti aku cerita detail pasal ujian tu ya. Moga dapat jadi panduan kepada orang lain. Wassalam...

Berdebar

Assalamualaikum wbt... Sekarang aku rasa berdebar sangat ni. Esok UKF dengan temuduga... Ya Allah.. berikan aku kekuatan & ketenangan untuk melakukan aktiviti esok. Nk push harder pon tak boleh. Lower back aku masih sakit. Wassalam...

Penantian

Assalamualaikum wbt... Sebelum lelapkan mata, aku nak share satu berita gembira. Aku dapat tawaran untuk temuduga guru interim. Aku dah lama idamkan benda ni, harapan aku semoga aku berjaya. Sekian. Wassalam...

Dawai Kot Kot

Image
Assalamualaikum wbt... Pernah dengar tak orang sebut dawai kot kot? Hahahaha. Kalau ubat stapler pulak? Ni benda yang sama lah. Aku geram sebenarnya nie. Semangat dah beli, pastu malam ni nak test power lah kata kau. Sekali. Hampeh. Nipis melayang lah dawainya, memang tak dapat lah nak tembus dengan kertas aku nie. Tengah dok survey tempat-tempat menarik di Terengganu . Perancangan nak pi bercuti dengan keluarga bulan 12 nanti. Harapnya menjadi lah, sebab time tu aku nak final exam . Kalau sempat exam dulu. Memang bahagia lah aku rasa kan. Selamat malam. Wassalam...

Merdeka

Image
Assalamualaikum wbt... Alhamdullilah. Tahun ini, 2016, adalah tahun ke- 59 Malaysia menyambut kemerdekaan. Terima kasih kepada tokoh-tokoh negara yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai satu negara merdeka dan berjaya membangunkan Malaysia agar kita boleh hidup dalam keselesaan hingga kini.

Hubungan tanpa restu

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi...  Salam 30 Ogos 2016. Esok dah 31 Ogos 2016. 59 tahun kita merdeka dari penjajah. Adakah KITA dah cukup merdeka? Think guys. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Berbalik kepada tajuk entry pagi ni. Aku nak share satu cerita, semoga kita dapat ambil pengajaran dari cerita ni. Al-kisah cerita bermula lebih kurang tahun 2003 macam tu. Ada sepasang kekasih yang diberi nama Adam(bukan nama sebenar) dan Hawa(bukan nama sebenar) yang berhajat mendirikan rumahtangga. Tetapi hubungan Adam dan Hawa ditentang oleh kedua belah pihak keluarga. Walaubagaimanapon, pihak keluarga Adam tetap datang meminang Hawa. Keluarga Hawa tetap menerima kehadiran keluarga Adam dengan tangan yang terbuka. Walau sakit dihati, tapi mereka redha. Tahun 2004, Adam dan Hawa telah selamat disatukan. Bermula lah episod duka dalam kamus hidup Hawa. Hawa diperlakukan seperti hamba. Adam seorang yang panas baran. Sifat itu memang diakui oleh Hawa sendiri semasa mereka masih lag

6 Petanda Bermula 100 Hari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam 100 Hari Sebelum Hari Kematian Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan b

Minum petang santai

Image
Assalamualaikum wbt... Menu untuk minum petang aku simple saja. Aku tengok pada tahap kerajinan serta bahan-bahan yang ada. Antara menu minum petang yang aku pernah buat adalah seperti roti bakar,roti telur. Nampak tak apa yang sama disitu. Bahan utama adalah ROTI . Hahahaha. Nanti aku selitkan gambar ya.

Kalau Hati Ini Rama-rama

Assalamualaikum wbt... Setelah sekian lama tidak mencoretkan apa-apa di blog kesayangan nie. Harini terasa ingin menulis kembali,walau pada zahirnya aku tahu, tiada siapapun yang membaca coretan ku ini. Semakin lama, semakin serious rasa blog aku nie. Dulu kala cerita merepek-merepek saja, sekarang, selaras dengan faktor usiaku, insyaAllah, doakan aku untuk terus berkongsi kebaikan dengan orang lain. Tengok tajuk entry kali nie, memang sama dengan tajuk drama yang aku tengah tengok sekarang nie kat RTM TV2 jam 1petang. Ni haa, baru habis episod harini. Aku jadi keliru, apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis skrip melalui drama nie. Nanti jela aku kaji lagi. Hahahaha. Jangan marahkan aku. Aku memang suka cakap macam nie. Say something, then not finish what I've said. That what people always say about me. Huhhh😕 Kalau hati ini rama-rama, mesti aku rasa nak terbang bebas ke merata tempat yang aku suka, dan akan hinggap ke tempat yang cantik-cantik saja. Itu sekadar pa