Hubungan tanpa restu

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi... 

Salam 30 Ogos 2016. Esok dah 31 Ogos 2016. 59 tahun kita merdeka dari penjajah. Adakah KITA dah cukup merdeka? Think guys. Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Berbalik kepada tajuk entry pagi ni. Aku nak share satu cerita, semoga kita dapat ambil pengajaran dari cerita ni.

Al-kisah cerita bermula lebih kurang tahun 2003 macam tu. Ada sepasang kekasih yang diberi nama Adam(bukan nama sebenar) dan Hawa(bukan nama sebenar) yang berhajat mendirikan rumahtangga. Tetapi hubungan Adam dan Hawa ditentang oleh kedua belah pihak keluarga. Walaubagaimanapon, pihak keluarga Adam tetap datang meminang Hawa. Keluarga Hawa tetap menerima kehadiran keluarga Adam dengan tangan yang terbuka. Walau sakit dihati, tapi mereka redha.

Tahun 2004, Adam dan Hawa telah selamat disatukan. Bermula lah episod duka dalam kamus hidup Hawa. Hawa diperlakukan seperti hamba. Adam seorang yang panas baran. Sifat itu memang diakui oleh Hawa sendiri semasa mereka masih lagi berkawan. Adam seorang pekerja swasta, manakala Hawa adalah seorang penjawat awam. Kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Sepanjang berkongsi hidup dengan Adam, Hawa sering dipukul oleh Adam. Kehadiran cahaya mata pertama mereka diberi nama Ibrahim. Ibrahim lahir tatkala ibubapanya bukanlah dalam keadaan yang baik. Kesihatan emosi mereka kurang. Adam dan Hawa sering bergaduh. Kehadiran Ibrahim sebagai pelengkap, adalah lebih kepada penyeri kepada Hawa. Bagi Adam, Ibrahim bukan siapa-siapa.

Ada sekali, kerana marahkan Ibrahim, Adam sampai sanggup angkat pisau kepada Ibrahim. Mulai saat itu, Ibrahim dilihat seperti memendam perasaan. Menanam dendam terhadap bapa sendiri. Tahun demi tahun berlalu, kini kehidupan Adam dan Hawa telah disinari dengan kehadiran cahaya mata yang lain, mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata yang comel dan cukup bijak. Anak kedua mereka diberi nama Fatimah, seterusnya Zulkarnain, dan akhir sekali Yusof.

Pada tahun 2016, disaat Fatimah menjangkau usia sembilan tahun,tiba-tiba Fatimah mengadu sakit perut. Sakit tersebut berlarutan selama hampir seminggu. Hawa yang risaukan akan kesihatan anaknya, telah membawa Fatimah berjumpa dengan doktor, tetapi doktor mengesahkan bahawa Fatimah tiada sakit apa-apa. Hal ini menjadi tanda tanya kepada Hawa. Sedangkan Fatimah sudah seminggu tidak sihat, tetapi doktor menyatakan yang Fatimah sihat. Hawa membawa Fatimah untuk berubat secara tradisional.

Disini segala rahsia akan terbongkar. Selepas seorang, jumpa seorang yang lain pula. Masa berlalu selama sebulan. Fatimah masih belum pulih sepenuhnya. Fatimah telah lama tidak hadir ke sekolah. Apabila jiran Hawa menghulurkan bantuan, Hawa tidak menolak. Jiran Hawa membawanya berjumpa dengan seorang ustaz. Semasa berubatkan Fatimah, ustaz tersebut turut scan badan Hawa dan Adam. Ternyata, apa yang difikirkan jiran mereka betul. Ada benda yang bukan dari alam yang sama, telah berada bersama Adam dan Hawa. 

Semasa proses tersebut, Hawa tidak sedarnya diri, tetapi Hawa teringat yang dia ada menyebut " Aku tak suka dia kawen dengan anak aku, aku nak dia kawen dengan orang yang cantik dan baik". Kata-kata tersebut menyebabkan Hawa terfikir. Adakah mereka sanggup melakukan sedemikian rupa kepada darah daging mereka sendiri?

Kehidupan Adam dan Hawa tidak pernah berasa aman dan tenteram. Sepanjang perkahwinan mereka, ada sahaja yang ingin diperbalahkan. Adam dan Hawa masih melakukan rawatan berkenaan gangguan tersebut. 

Penghujungnya, belum pasti.
Nantikan kesudahan cerita ini.

Tetapi...

Melalui cerita yang sekadar ini, telah dapat aku simpulkan serba sedikit;

1. Restu kedua ibubapa amatlah penting dalam membina sebuah rumahtangga yang harmoni. Restu ibubapa juga sebagai jaminan kebahagiaan berkeluarga.

2. Jangan berdendam. Sifat pendendam tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada sesiapapun. Malah, sifat tersebut amat tidak disukai.

3. Ibubapa perlu prihatin kepada kesihatan dan kesejahteraan anak-anak. Ibubapa sebagai pencorak kepada anak-anak.

4. Ibubapa sebagai contoh teladan kepada anak. Sebagai ibubapa kita perlu memberi contoh yang terbaik kepada anak-anak.

Sekian dulu, sampai berjumpa lagi.

Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn