Posts

Showing posts from July, 2011

Al-Hadid

Image
Assalamualaikum wbt... kini kita telah 18 hari melalui bulan Julai, Nisfu Syaaban pon dah lepas. Niat hati nak jugak buat entry berkaitan dengan hari bersejarah dalam Islam, tapi niat tinggal niat jela, saya busy dengan hal-hal yang entah apa-apa. So untuk itu, semperna bulan Syaaban nie, saya nak share kandungan atau maksud 5 ayat dalam surah Al-Hadid. Yang bermaksud, *Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. *Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  *Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   *Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya da