Posts

Showing posts from November, 2011

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘ si dia ’ . 2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘ si dia ’ bukan jodoh untukmu. 3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘ si dia ’ . 4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya. 5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan. 6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. 8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya. 9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang t

AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI.....

AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI...IA ADALAH JALAN MENGHAMPIRI ZINA Berikut dinyatakan bahaya dan keburukan budaya yang tidak sihat ini mudah-mudahan individu yang bergelar REMAJA DAN PELAJAR tidak terlibat dengannya. KEBURUKAN DAN BAHAYA BERCOUPLE: 1. Melanggar perintah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32) Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang tiu kepada perbuatan keji tersebut. 2. Langkah pertama kepada berlakunya zina Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bia seseorang telah melakukannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya