Posts

Showing posts from August, 2010

Nilai Seorang Wanita Solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH. "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". ~Ath-Thabrani~ "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". ~Ibnu

Bantal Pamer Perwatakan!

Image
Tahukah anda watak kita dapat dikenali melalui cara kita menggunakan bantal sewaktu tidur? Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan.. 1) Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 3) Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. 4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. I

ISLAM DAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemal

new comer.....

Image
Assalamulaikum wbt....petang nie tengah dok study untuk test malam nanti....aku rasa cam mengantuk sangat so update blog la kejap...hehehehe....baca title tu...korg rasa apa?? aku dah ada pakwe baru ke???   hahahaha...tidak...tidak.....tidak......aku nak gi tau pasal anak sedara terbaru aku...namanya HAZIQ....aku yang bagi nama tu k....maknanya cerdik pandai...mak long doakan haziq sihat selalu and akan jadi orang yang cerdik pandai bila dah besaq nanti yer.....nie la pic-pic nya.....

Buat Renungan Bersama

Image
Assalamualaikum wbt...setelah sekian lama aku tidak menulis....bukan sengaja tidak mahu menulis....tapi faktor kesibukan dengan aktiviti sendiri menyebabkan aku alpa....hahaha...ayat mau manis jer kan aku nie...ecah penah cakap yang aku nie dah macam aini samad said...ecah-ecah.....ada ke patot...ok lah, back tu my topic today...aku nak share something yang aku pon baru terbaca jap tadi nie...tapi sebelum tu aku nak la jugak update tentang perkembangan diri aku yang telah tersedia mengembang nie..hahaha....banyak jugak lah hal yang dah pon terjadi...antaranya....semalam aku dapat anak sedara baru(anak sepupu aku...aku mna ada kakak kn...)...baby boy...emaknya ok, cuma anaknya yang masih ditahan di ICU sebab terjerut tali pusat and katanya baby tu dh termakan najis dia sendiri...hhhhaaaiiihhh...macam-macam...then last week aku dh mula test 1 untuk subjek Math 4....adduuuhhh...frust sangat-sangat dengan paper tu....banyak careless.....tabiat standard aku time exam...macam mana nak ela