Posts

Showing posts from October, 2016

10 Tips Melupakan Seseorang

Assalamualaikum WBT... Saja lah kan nak share dengan korang tip-tip untuk melupakan seseorang. 1. Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari... 2. Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung 3. Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi.. 4. Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... . 5. Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala... 6. Pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang

10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA

1. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan.. 2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa. 3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Co

3 Orang Pesalah

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek… Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan.. Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…". Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan… "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…" Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan… Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan… "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan

BiLa PaDeRi BuKa RaHSia

Assalamualaikum dan salam sejahtera... "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" Hayati kandungannya Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permin