Tuesday, September 6, 2016

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt...

Selesai sudah sesi ujian kelayakan calon guru interim guru kolej vokasional. Semoga rezeki menyebelahi aku. Harap dapat lah. Penat sungguh-sungguh lah kemarin, jalan pon dah tak berapa nak betoi sekarang nie. Hahahaha... Nanti aku cerita detail pasal ujian tu ya. Moga dapat jadi panduan kepada orang lain.

Wassalam...

Sunday, September 4, 2016

Berdebar

Assalamualaikum wbt...

Sekarang aku rasa berdebar sangat ni. Esok UKF dengan temuduga... Ya Allah.. berikan aku kekuatan & ketenangan untuk melakukan aktiviti esok. Nk push harder pon tak boleh. Lower back aku masih sakit.

Wassalam...

Saturday, September 3, 2016

Penantian

Assalamualaikum wbt...

Sebelum lelapkan mata, aku nak share satu berita gembira. Aku dapat tawaran untuk temuduga guru interim. Aku dah lama idamkan benda ni, harapan aku semoga aku berjaya.

Sekian.

Wassalam...

Friday, September 2, 2016

Dawai Kot Kot

Assalamualaikum wbt...

Pernah dengar tak orang sebut dawai kot kot? Hahahaha. Kalau ubat stapler pulak?

Ni benda yang sama lah. Aku geram sebenarnya nie. Semangat dah beli, pastu malam ni nak test power lah kata kau. Sekali. Hampeh. Nipis melayang lah dawainya, memang tak dapat lah nak tembus dengan kertas aku nie.

Tengah dok survey tempat-tempat menarik di Terengganu. Perancangan nak pi bercuti dengan keluarga bulan 12 nanti.
Harapnya menjadi lah, sebab time tu aku nak final exam. Kalau sempat exam dulu. Memang bahagia lah aku rasa kan.

Selamat malam.

Wassalam...