Posts

Showing posts from January, 2012

Alhamdulillah...Dah Selamat Bertunang

Image
Assalamualaikum wbt... Entry kali nie aku just nk update pasal majlis pertunangan sepupu-sepupu aku... untuk yang first nie, aku tunjuk picture sepupu aku di Penang dulu... Nie yang perempuan sahaja suasana di dapur my mum and my sis my mak tam wit puding karemel yang dibuat oleh my sis me and my sepupu..kak mastura kak mas wit her ring... ada duit dlm tu.. Enough about last week punya event, sekarang kita ke event petang tadi, yang nie sepupu sebelah ayah aku pulak, yang last week sepupu belah mak, untuk yang sebelah ayah, ini sepupu first yang bertunang, so kami very the excited la kan.. hehehehe... enjoy the picture... hantaran kedua belah pihak hantaran sebelah pihak perempuan sesi sarung cincin.. the anak dara geng... Sekian, Wassalam

Kawan dan Kahwin

Image
Assalamualaikum wbt.... dikala aku menulis entry ini, aku sedang bersendirian di kamar bilik di kolej. Aku dah selesai dengan belajar untuk semester nie, final exam dah habis, PSM pon dah settle. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah permudahkan aku dalam banyak hal sepanjang aku berada dalam semester ke-7 nie. Tinggal 1 semester lagi untuk aku habiskan degree aku, tiba-tiba perasaan tak sabar datang menyelubungi diri aku. Tak sabar nak habis degree, tak sabar untuk bekerja, tak sabar untuk bantu  mak dan ayah, tak sabar untuk memegang duit gaji sendiri, dan macam-macam lagi lah yang aku tak sabar nak buat. Ok, enough about that.  Tujuan utama aku nak menulis tadi adalah tentang kawan dan juga kahwin. Entry nie aku tujukan khas untuk diri aku. Ada ka orang buat macam tu? Mesti la ada, dan orangnya adalah aku sendiri la kan. Hahahaha. Sebenarnya entry ini lebih kepada bercerita tentang diri aku sendiri. Aku sebenarnya nak menjelaskan kepada orang-orang yang dah ter

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Assalamualaikum wbt... perkara negatif sering kali dipandang sebagai perkara buruk, memang tak dapat sisangkal lagi, tapi korang taw tak yang kadang kala perkars negatif dapat menjadi suatu perkara positif kalau kita sendiri dapat positif kan minda kita.... Kat bawah nie, aku ada senarai beberapa perkara negatif yang sebenarnya berubah or boleh menjadi sesuatu yang pisitif... Selamat menghayati... 1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran. 3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan. 5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 6. utk bunyi bising jiran², krn itu be

Amalan Yang Terbalik

Tulisan ini adalah bertujuan untuk kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik. 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah