Posts

Showing posts from 2010

Solat Berjemaah Bagi Non-Muslim & Sains

Assalamualaikum wbt....  Cerita ini aku jumpa dalam laptop aku, dalam dok baca-baca something aku terjumpa artikel nie..so lepas nie kalu sapa-sapa yang pernah dengar cerita nie jangan lak cakap yang aku copy, tp betul la jugak aku copy cat jer, tapi untuk kebaikan semua jugak kan..so bermula kisahnya dari bawah nie. Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih

BBQ

Image
Assalamualaikum wbt... arini menu utk dinner aku wat bbq...rasa teringin nak mkn kan, bahan2 dah perap. tinggal nak dipanggang jer malam nie. Bab tu kena tunggu ayah aku untuk hidupkan api, al-maklum lah dia kan bomba, lebih memahami tentang api. Hahahaha..dh letakkn gmbrnya..sory xclear sgt, al-maklum lah hp cikai jer.... sediakan arang untuk membakar bahan panggang hendaklah diperap terlebih dahulu arang diperlukan proses membakar dijalankan ikan telah pun siap dibakar sotong yang dah siap, berair kerana bakar dalam aluminium foil ayam menunggu turn untuk dibakar dah diletakkn diatas bara proses pembakaran proses diteruskan

Lewat Semesta

Assalamualaikum wbt. Dah beberapa hari aku letak algu nie dalam blog aku, sekarang aku nak share lirik lagu nie plak dengan korang. memang layan la dengar lagu nie. so kta enjoy...hehehe :-) satu kata bertulis cinta telah merasuki tak urung cinta tersentuh hanya ku rasa dan jika wujud yang menjelma pada sebentuk hati bukankah itu amanah dari yang kuasa menjaganya, menjaganya reff: wahai insan yang di sana mungkin saja ini kau dengar melewati semesta ini aku sampaikan begitu ingin berbagi batin mendengarkan asa di jiwa oh tuhan pertemukan aku sebelum hatinya beku

Bicara Hati

Image
Dikala hati tidak keruan ketika ini, apa lagi yang mampu aku lakukan hanyalah berserah segala-galanya kepada Allah SWT. Kenapa ini semua harus terjadi kepada diri aku?? aku tidak sekuat yang disangka, aku mudah lemah dengan semua dugaan yang mendatang. Kalau aku bersalah, aku mohon maaf, tapi jangan buat aku macam nie. aku tak mampu bertahan tengok layanan mu yang amat dingin terhadap ku. dengan orang lain boleh engkau bercerita itu dan ini, tp dengan aku, kau pandang pun tidak. aaarrghhh....aku benci diperlakukan sebegini.

tiket bus

Assalamualaikum wbt...penatnya rsa badan nie, tambah pulak rasa sakit kepala sebab menangis plus kena hujan kan tadi lepas exam. Haa lupa pulak nak bagi taw kat kawan-kawan semua kn. Masuk ari ni, aku dah habis 4 paper untuk final exam aku kali nie. Alhamdulillah la exam arini, aku boleh menjawab dengan penuh yakin. Hehehe. Best sangat. Sebabnya 3 paper sebelum nie, aku rasa teruk sangat, macam aku masuk kelas but nothing yang aku taw. sedey wey. kalu korang kat tempat aku, aku rasa korang pon akan rasa benda yang sama. sebenarnya, aku nak cerita pasal booking online. tak kisah la tiket bus ka, tiket kapal terbang ka, tiket ketapi ka. janji kena booking dulu...janji kena bayaq online. hahaha. booking online nie ada pro dan kontra nya jugak. contohnya, kalu macam aku nie, aku prefer untuk book tiket online, bagi aku lagi senang sebab aku nie bukannya ada transport kan, so susah la nak keluar ke sana ke sini di parit raja nie. ayat macam tak bersyukur la pulak, tp korang jangan salah fah

Pilih Pasangan

Image
BAGI yang belum pernah menempuhinya, melayari alam perkahwinan atau rumah tangga mungkin dianggap mudah. Hakikatnya, terdapat banyak ranjau dan duri yang harus ditempuhi. Bagi mereka yang tidak sabar dan kurang persediaan, rumah tangga mudah bergoncang apabila dilanda badai, sehingga membawa kepada perceraian.Begitupun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk menidakkan keperluan berumah-tangga kerana kerana, masih banyak pasangan yang berjaya dalam perkahwinan. Rumah tangga mereka dipenuhi dengan keharmonian dan kasih sayang. Mereka kekal sebagai pasangan suami isteri yang bahagia  sehingga akhir hayat.  Walaupun perkahwinan anda berada dalam keadaan baik, seharusnya sentiasalah beringat. Segera atasi sebarang masalah yang timbul dan jangan ditunggu ia menjadi semakin parah. Di saat itu segala-galanya mungkin sudah terlambat. Menurut penceramah bebas, Shafie Jali, seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang, seharusnya bersedia memberikan perhatian sepenuhnya

Kepulangan

Assalamualaikum wbt...hari nie dah masuk hari kedua aku sampai di rumah. Aku bertolak malam 3hb pastu sampai di kedah pagi 4hb. walaupon perjalanan mengambil masa selama 8jam, penatnya memang tak terasa sangat sebab hati happy sangat dapat balik rumh kan. macam yang tertulis di dinding sekolah rendah dulu-dulu, rumahku syurgaku. korang perasan tak aku just ambek masa 8jam untuk bertolak dari johor ke kedah?? sepatutnya, 10jam ok. bus yang aku naik malam tu laju driver dia bawak. bila aku terlelap, then terjaga, aku tengok dia bawak laju, aku dah mengucap dah, aku tak jadi tidoq. takot wooww. dewasa nie kan banyak sangat kes kemalangan yang melibatkan bus express. ok enough about me, now i would like to talk about the banjir in kedah and perlis. yesterday, we(my mum,my bro and ofcouse me) went to perlis to pick my sis home, suddenly when we reach at alor janggus, we stuck in jam. air banjir dah naik tinggi laa. then ikut la kami ni jalan sebelah bendang, selisih pon sipi-sipi. but i can

Perkahwinan dan kebahagian hidup

Image
      Assalamualaikum wbt...salam sejahtera kepada yang masih sudi membaca hasil coretan aku yang tak seberapa nie...maaf andainya kalian telah menunggu lama untuk membaca entry terbaru di blog aku nie. Bukan tak mau tulis apa-apa, tapi pelbagai kekangan yang terpaksa aku hadapi bagi merealisasikan impian korang semua. Hahahaha.... ayat baget macam Zaaba kan.... Sebeluma aku berceloteh panjang tentang tajuk entry aku tu, aku nak la jugak interframe kan cerita pasal diri aku..         Aku sekarang dalam mood apa pon aku sendiri xtaw, nak kata aku happy.. ya memang aku happy dengan life aku sekarang nie but i thing there something that i feel wrong with my self. ececehhh....nak cakap omputih la plak kan...hahahaha....ya aku mengaku, aku happy dikelilingi kawan-kawan yang juga happening macam aku..but sometime aku rasa sunyi sangat-sangat. Sunyi kenapa??? aku sendiri pon sebenarnya tak taw nak describe macam mana. Maybe sebab dulu aku pernah bercinta, ada orang yang selalu aku nak messag

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya . Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita . Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wa

I’m Back

Assalamualaikum wbt…setelah dekat sebulan aku menyepikan diri, baru malam nie aku berkesempatan untuk nak tulis something kat blog kesayangan aku nie… sorry for everything… sebenarnya aku banyak sangat cerita yang aku nak story mory kat korang semua…tapi entah lah, time ngadap laptop jer, aku jadi speechless…typingless lah…hehehe J By the way, disini aku nak wat penguman sikit..bukan nak umum apa pon, just nak wish, selamat berpuasa, selamat berhari raya kepada semua rakan bloggers….hahaha….raya pon dh separuh bulan aku baru nak wish semua nie kan… sekiranya aku ada terkasar bahasa semasa menulis di sini, aku mohon beribu kemaafan dari korang semua, aku tak bermaksud langsung untuk lakukan hal yang demikian. Aku pon sekadar insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan dan segala kekhilafan tersebut memang datangnya dari kelemahan diri aku sendiri. Aku tahu semua tu. Hanya satu yang aku pinta, maafkan aku yer.                 Cerita bab raya nie, tahun nie aku ada happy story al

Pedoman Kawal Sifat Buruk

Image
APAKAH.... 1)   penawar kepada kemarahan? 2) sikap terburu-buru? 3) terlalu mengikut hawa nafsu? 4) keraguan?  5) kebatilan ? 6) kebakhilan? Sifat itu dibenci Allah kerana boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Apabila marah menguasai diri, maka seseorang itu boleh melakukan perkara di luar batasan kemanusiaan. Begitu juga apabila hawa nafsu bertakhta di jiwa, semua larangan Allah akan dilanggar bagi mencapai kepuasan diri.  Dalam hal ini, Luqman Al-Hakim ada memberikan pedoman bagi mengawal sifat buruk itu. Nasihatnya: "Hai anakku! Tewaskan kemarahanmu dengan sifat sopan-santunmu, keterburuan dirimu dengan sifat tenangmu, hawa nafsumu dengan ketakwaanmu, keraguanmu dengan keyakinanmu, kebatilanmu dengan kebenaranmu dan kebakhilanmu dengan kebaikanmu (pemurah). "Jadilah engkau orang yang tenang dan sabar dalam kesempitan, yang gembira dalam kebencian, bersyukur dalam kemewahan, khusyuk dalam solat dan segera bersedekah." Dalam soal mempelajari ilmu, Luqman me

Nilai Seorang Wanita Solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH. "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". ~Ath-Thabrani~ "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". ~Ibnu

Bantal Pamer Perwatakan!

Image
Tahukah anda watak kita dapat dikenali melalui cara kita menggunakan bantal sewaktu tidur? Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan.. 1) Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 3) Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. 4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. I

ISLAM DAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemal

new comer.....

Image
Assalamulaikum wbt....petang nie tengah dok study untuk test malam nanti....aku rasa cam mengantuk sangat so update blog la kejap...hehehehe....baca title tu...korg rasa apa?? aku dah ada pakwe baru ke???   hahahaha...tidak...tidak.....tidak......aku nak gi tau pasal anak sedara terbaru aku...namanya HAZIQ....aku yang bagi nama tu k....maknanya cerdik pandai...mak long doakan haziq sihat selalu and akan jadi orang yang cerdik pandai bila dah besaq nanti yer.....nie la pic-pic nya.....

Buat Renungan Bersama

Image
Assalamualaikum wbt...setelah sekian lama aku tidak menulis....bukan sengaja tidak mahu menulis....tapi faktor kesibukan dengan aktiviti sendiri menyebabkan aku alpa....hahaha...ayat mau manis jer kan aku nie...ecah penah cakap yang aku nie dah macam aini samad said...ecah-ecah.....ada ke patot...ok lah, back tu my topic today...aku nak share something yang aku pon baru terbaca jap tadi nie...tapi sebelum tu aku nak la jugak update tentang perkembangan diri aku yang telah tersedia mengembang nie..hahaha....banyak jugak lah hal yang dah pon terjadi...antaranya....semalam aku dapat anak sedara baru(anak sepupu aku...aku mna ada kakak kn...)...baby boy...emaknya ok, cuma anaknya yang masih ditahan di ICU sebab terjerut tali pusat and katanya baby tu dh termakan najis dia sendiri...hhhhaaaiiihhh...macam-macam...then last week aku dh mula test 1 untuk subjek Math 4....adduuuhhh...frust sangat-sangat dengan paper tu....banyak careless.....tabiat standard aku time exam...macam mana nak ela