Wednesday, December 1, 2010

Pilih Pasangan

BAGI yang belum pernah menempuhinya, melayari alam perkahwinan atau rumah tangga mungkin dianggap mudah. Hakikatnya, terdapat banyak ranjau dan duri yang harus ditempuhi. Bagi mereka yang tidak sabar dan kurang persediaan, rumah tangga mudah bergoncang apabila dilanda badai, sehingga membawa kepada perceraian.Begitupun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk menidakkan keperluan berumah-tangga kerana kerana, masih banyak pasangan yang berjaya dalam perkahwinan. Rumah tangga mereka dipenuhi dengan keharmonian dan kasih sayang. Mereka kekal sebagai pasangan suami isteri yang bahagia  sehingga akhir hayat.  Walaupun perkahwinan anda berada dalam keadaan baik, seharusnya sentiasalah beringat. Segera atasi sebarang masalah yang timbul dan jangan ditunggu ia menjadi semakin parah. Di saat itu segala-galanya mungkin sudah terlambat. Menurut penceramah bebas, Shafie Jali, seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang, seharusnya bersedia memberikan perhatian sepenuhnya kepada perkahwinan, juga kepada pasangan masing-masing. Ini bermakna katanya, jika perkahwinan mula bergoyang, jangan segera mengaku kalah atau menyalahkan antara satu sama lain.  “Sepatutnya, mereka sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menjernihkan keadaan,'' katanya pada bengkel Mencari Calon Idaman anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Shafie tidak menolak, dalam zaman yang penuh mencabar, melayari kehidupan berumah tangga bukan sesuatu yang mudah.Katanya, jika tidak berhati-hati bererti sepanjang hayat akan menanggung rasa penyesalan yang tidak terhingga. Beliau berkata, sikap berhati-hati dalam menentukan pasangan adalah ciri penting bagi lelaki dan wanita sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.Islam sendiri katanya, meletakkan beberapa garis panduan yang diberikan dalam mencari calon isteri atau suami yang baik. Menurut Shafie, masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing -masing.Beliau berkata, di dalam Islam bersifat selektif atau memilih sememangnya digalakkan.  “Sebab itu disunatkan diadakan pertunangan terlebih dahulu supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan,'' ujarnya. Mengenali pasangan kata Shafie, bukanlah bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.Sebaliknya, ia lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'. Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal semata-mata.Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.``Sebaik-baiknya untuk mengenali orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak hidup, perangai serta keluarganya,'' ujarnya. Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Shafie berkata, pada dasarnya, seseorang itu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga mengamalkannya.Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.”Mereka akan sentiasa peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya. Menerangkan pula makna sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.Ini termasuklah dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang.”Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.”Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya. Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;``Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.'' Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur ayat 26; “Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik''. Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. ”Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. “Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang,'' tegasnya. Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini menurutnya, akan mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. “Begitu juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin. “Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk,'' katanya. Justeru katanya, keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelaki yang menjadi ketua keluarga.



3 comments:

aida yanti said...

wah..sudh mngamati cara2 memilih dah..bila lgi nk naik plamin??? hehe :)

DynaTaha said...

Terima kasih sharing benda baik mcm ni =)

Bukan sng nak kahwin hakikatnya. Kehidupan lps berkahwin tu yg kena jaga =)

aienzcruzzle said...

stuju2..lepas kawen bru bermula segalanya..
nice blog..jemput singgah blog saye..
http://aienzcruzzle.blogspot.com/