Wednesday, June 30, 2010

Fikir lah.....

Sekadar renungan:


Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.


JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.


JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA


Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.


AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.

HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.

PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.


Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan lelaki- lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.

SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.


Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.


Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.


Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,


PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.


Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.


JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,


KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

Tuesday, June 29, 2010

Lirik Lagu Insan Terhina - Khalifah



Dikala malam ku bersendirian
Berteman bulan bintang cahayanya suram
Hati tersiksa jiwa ku merana
Mengharap kasihnya orang

Apakan daya ku insan biasa
Pedih jiwa ku rasa bila dihina
Hanya linangan oh airmata
Menjadi teman kala duka

Kasih yang aku semai
Racun bisa balasannya
Apakah ini suratannya diriku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Oh kekasihku

Istana yang ku bina
Runtuhnya sekelip mata
Hancurnya satu cinta yang setia
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerana balasan cintamu padaku
Oh kekasihku

Berlalu sudah cinta yang terlara
Hanya jadi kenangan dalam ingatan
Ungkapan bisa masih ku terasa
Akulah insan yang terhina
Akulah insan yang terhina
Akulah insan yang terhina

Monday, June 28, 2010

Kebahagiaan...

Ya Allah....sekiranya kebahagian ini milik aku....Kau kekal kan lah iya Ya Allah...happy sangat-sangat sebab dapat chat dengan someon yang aku tunggu-tunggu sekian lama....baru kini dia muncul...dan memberi aku harapan baru untuk mencari erti kegembiraan dan kebahgiaan.....thanks for everything my dear....

Happy Birthday To Me



Assalamualaikum wbt...
Hari nie tanggal 28 June 2010, genaplah usia aku 22 tahun. Pada pendapat korang la kan, usia nie dah dikira tua ke belum. Sebenarnya aku sendiri tak taw nak judge macam mana. Antara sebabnya adalah di ketika ini, ramai antara rakan taulan ku telah mendirikan rumah tangga, tidak juga dilupakan sahabat handai ku yang sedang berjuang di medan ilmu sama seperti aku kini. Hehehe....


So sempena ulang tahun kelahiran aku ni, aku wish...:-
~ Aku berjaya dalam pelajaran, nak dapat Dean's List time degree nie...aminnn
~ Aku nak tolong family aku, tapi aku kena berjaya dulu kan...
~ Aku mohon dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan malapetaka, dijauhkan segala bencana, dipertemukan dengan jodoh yang beriman....doakan aku yer kalian...hehehe
~ Takat tu dulu kot wish aku untuk tahun nie.....



Lama jugak aku x update blog, sorry la kalian semua, aku sendiri x taw kenapa, maybe sebab x da cerita yang aku nak share....now dah ada...so aku story la...


Bye....Wassalam semua....Semoga kta berjumpa lagi.....

Saturday, June 12, 2010

dah tukaq sistem...

Assalamualaikum wbt....reader sekalian...hahaha...ayat bajet....sekarang nie aku tak taw la kenapa sistem tiuq aku dah tukaq....time malam-malam aku berjaga...bila siang jaa..asal ada waktu lapang aku akan tiduq....TTTIIIDDDAAAKKK!!!!!!aku xmau semua ini terjadi,.....apa yang harus aku lakukan.....teruskan rutin begini....owh tidak mungkin...letih wei....idup macam burung hantu nie......tolonggg.......tgk la time mcm nie mata aku segar bugar lagi taw.....sat lagi dalam pukul 6 baru aku nak pi masuk tidoq....esok jwbnya...bangun tengahari....anak dara mana bley macam nie......kalu aku teruskan idup macam nie...aku pon xmau cri menantu mcm tu...hahahahaha

Wednesday, June 9, 2010

private....


Assalamualaikum wbt....erm...aku nak tanya sikit nie...bajet macam ramai ja yang baca blog sengket aku nie kan...hehehe....tanya apa erk...?? ooooo...macam nie...semalam aku dok godek-godek blog aku nie, then aku pon nak jejak balik blogger-blogger yang aku dok follow dulu nie...pastu...aku klik...sekali blog tu dah xda...frust jugak laa aku rasa kan...ada plak tu yang jadikan blog dorang private..aku sebenarnya suka sangat baca blog dorang semua tu..tapi xda plak nak tinggal jejak kan..erm...ntah la...bukan sengaja tak nak tinggal jejak, tapi aku malu laa...hehehe...walaupon reality depa bukan kenal aku pon kan...aku tetap nak rasa malu...dan sebagai manusia yang beragama Islam kita memang patut ada rasa malu kan...betul x??so tu jela kot aku nak merepek buat malam nie...hehehehe....