Posts

Showing posts with the label Takziah

Pilih Pasangan

Image
BAGI yang belum pernah menempuhinya, melayari alam perkahwinan atau rumah tangga mungkin dianggap mudah. Hakikatnya, terdapat banyak ranjau dan duri yang harus ditempuhi. Bagi mereka yang tidak sabar dan kurang persediaan, rumah tangga mudah bergoncang apabila dilanda badai, sehingga membawa kepada perceraian.Begitupun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk menidakkan keperluan berumah-tangga kerana kerana, masih banyak pasangan yang berjaya dalam perkahwinan. Rumah tangga mereka dipenuhi dengan keharmonian dan kasih sayang. Mereka kekal sebagai pasangan suami isteri yang bahagia  sehingga akhir hayat.  Walaupun perkahwinan anda berada dalam keadaan baik, seharusnya sentiasalah beringat. Segera atasi sebarang masalah yang timbul dan jangan ditunggu ia menjadi semakin parah. Di saat itu segala-galanya mungkin sudah terlambat. Menurut penceramah bebas, Shafie Jali, seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang, seharusnya bersedia memberikan perhatian se...

Salam Takziah.....

Image
Assalamualaikum wbt.... JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor. Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majl...