Coretan Hati

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. 

Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan. 

Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi bukan sebab tak sayang, tapi kerana kita sedar yang dia akan lebih bahagia dengan yang orang lain. 

Life must go on. 

Mereka gembira dengan cara mereka. 

Saya gembira dengan cara saya. 

Jalan hidup kita ni ada 2, satu yang telah Allah tentukan, dan satu lagi yang dipilih sendiri oleh kita. 

Jangan kita dengan mudahnya nak menyalahkan takdir, sedangkan kita yang buat pilihan tersebut.

 

Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn