Posts

Showing posts from 2019

Mengapa Mengeluh

Assalamualaikum wbt... Setelah sekian lama aku tinggalkan dunia blogging, kini aku kembali. Nasiblah masih tidak lupa password email untuk blog ni, kalau tidak. Rasanya tidaklah aku dapat menulis seperti sekarang. Setelah lebih kurang 2 tahun, selepas entry terakhir aku tinggalkan blog aku. Kini semangat untuk menulis kembali tiba-tiba hadir. Doakan aku untuk terus istiqamah lepas ni. Untuk yang tidak mengenali aku, salam perkenalan aku hulurkan terlebih dahulu. Bagi yang telah mengenali diriku, salam bersua kembali. Apa yang aku buat sepanjang 2 tahun ni? Banyak juga yang berubah, banyak juga yang terjadi dalam kehidupan seharianku. Pada tahun 2017, aku telah ditawarkan untuk bekerja sebagai Tenaga Pengajar di Ciast Satelite Center(CSC) Adtec Jerantut. Tapi jodohku dengan kerjaku tidak bertahan lama, aku diceraikan pada penghujung tahun. Aku pulang ke Kedah, tiada pekerjaan. Kembali menjadi penganggur terhormat selama 3 bulan. Tahun 2018, aku ambil keputusan untuk menyambung