Mengapa Mengeluh

Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama aku tinggalkan dunia blogging, kini aku kembali. Nasiblah masih tidak lupa password email untuk blog ni, kalau tidak. Rasanya tidaklah aku dapat menulis seperti sekarang.

Setelah lebih kurang 2 tahun, selepas entry terakhir aku tinggalkan blog aku. Kini semangat untuk menulis kembali tiba-tiba hadir. Doakan aku untuk terus istiqamah lepas ni.

Untuk yang tidak mengenali aku, salam perkenalan aku hulurkan terlebih dahulu. Bagi yang telah mengenali diriku, salam bersua kembali. Apa yang aku buat sepanjang 2 tahun ni? Banyak juga yang berubah, banyak juga yang terjadi dalam kehidupan seharianku.

Pada tahun 2017, aku telah ditawarkan untuk bekerja sebagai Tenaga Pengajar di Ciast Satelite Center(CSC) Adtec Jerantut. Tapi jodohku dengan kerjaku tidak bertahan lama, aku diceraikan pada penghujung tahun. Aku pulang ke Kedah, tiada pekerjaan. Kembali menjadi penganggur terhormat selama 3 bulan.

Tahun 2018, aku ambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Kemahiran. Aku mohon ke Adtec Kulim dalam jurusan Mekanikal Pembuatan Acuan Suntikan Plastik. Ya aku tahu, ianya bidang yang berbeza dari bidang aku yang sebelum ni. Kita cubalah dulu, mana tahu, disitu rezeki aku.

Sekarang aku dah berada di semester 4, alhamdulillah, sepanjang pengajian aku disini, semua pengajar memberi kerjasama yang teramat baik kepadaku. Jadi untuk apa aku perlu mengeluh. Jika kita berdepan dengan masalah yang kita tidak jangka, bersyukur. Dapat juga pengalaman baru dan berbeza. Itu yang aku selalu tekankan dalam diri aku sepanjang pengajian aku disini.

"Jangan mengeluh. Cari ruang untuk menunjukkan rasa syukur kita pada Dia. Bersyukurlah kerana terpilih, lantaran ujian daripada Allah adalah tanda sayang, tanda rindu dan tanda kasih. Allah sayang kita. Sungguh. Allah uji sebab Allah sayang kita. Dia nak hapuskan dosa kita. Dia nak beri kita pahala. Dan Dia nak tinggikan darjat kita. Itu hakikatnya." - Bonda Nur, Buku "Be Strong"-

Sekian dulu dari aku.

Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn