Posts

Showing posts from 2011

Benci

Image
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku nak share ilmu hal rumah tangga la pulak, tapi korang jangan la pula nak salah sangka okay. Aku masih single, dan belum ada lagi tanda-tanda untuk berumah tangga, cuma tadi nie terbaca artikel nie, that why aku nak share kat sini. Bagi readers aku yang dah berumahtangga, jadikan la isi artikel nie sebagai pedoman, bagi yang masih single macam aku nie, belajar-belajar la jugak k, sebab kita nanti pon akan berumahtangga...hehehe :-) 7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI  C1. CABAR Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)". Dr Fadillah kata 'JGN CABAR SUAMI' .. nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata. C2. CABUL Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) spt keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua. C3. CELUPAR Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap... C4. COMOT

wordless wednesday

Image

Berubah Kepada Seorang Yang Suka Bersosial

Image
Assalamualaikum wbt.... Sekian lama aku menyepikan diri, macam biasa la kan, ashik sibuk ajer. Kalau tengok tajuk entry kali ni, korang jangan nak terkejut pula yer. Perubahan yang aku maksudkan bukanlah ke arah negative, dalam kehidupan seharian kita, kita perlu berubah menjadi seorang yang lebih baik dari hari sebelumnya. Perubahan yang telah berlaku dalam hidup aku, macam yang korang dah sedia maklum, aku ada join dengan club kereta, so baru-baru ni, aku ada la join dengan beberapa event club nie. Apa point yang aku cuba sampaikan disini adalah, bila aku join event club, aku dapat timba banyak ilmu. Jangan anggap ilmu tu hanya kita boleh dapat dengan masuk ke kelas hari-hari yer, dimana-mana pon kita boleh timba ilmu. Antara ilmu yang aku dapat adalah, macam mana cara yang betul untuk membeli sport rim kereta, tahu serba sedikit tentang tayar kereta, tentang side mirror dan banyak lagi la. Maybe, bagi korang, benda nie pon nak cerita kat sini ka? and bagi aku, aku rasa itu satu pe

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘ si dia ’ . 2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘ si dia ’ bukan jodoh untukmu. 3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘ si dia ’ . 4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya. 5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan. 6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. 8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya. 9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang t

AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI.....

AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI...IA ADALAH JALAN MENGHAMPIRI ZINA Berikut dinyatakan bahaya dan keburukan budaya yang tidak sihat ini mudah-mudahan individu yang bergelar REMAJA DAN PELAJAR tidak terlibat dengannya. KEBURUKAN DAN BAHAYA BERCOUPLE: 1. Melanggar perintah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32) Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang tiu kepada perbuatan keji tersebut. 2. Langkah pertama kepada berlakunya zina Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bia seseorang telah melakukannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya

Malu dan cemburu

Assalamualaikum wbt...         Maaf lagi sekali. Beribu kali maaf pon, tapi asyik juga melakukan hal yang sama. Itulah fitrah manusia, tiada yang sempurna, begitu juga aku. Aku berasa begitu sedih dikala ini, aku sendirian di bilik, roomate semua tak ada, ada yang ke kelas dan ada juga yang ada discussion untuk presentation. After maghrib tadi, aku terbuka profile akis, then nampak lah dia dengan gf baru dia. Memang di mulut aku cakap yang aku happy bila tengok dia dah happy sekarang, tapi hati aku. Aku tak mungkin dapat tipu yang aku sebenarnya sangat sakit tengok mereka berdua bahagia, sedangkan aku, masih sendiri, masih mencari siapa diri aku, masih tak tahu hala tuju hidup, aku yang masih ntah apa-apa lagi.          So sekarang tak nak la cakap pasal benda yang sedih nie lagi, aku mesti move on. Aku mesti melakukannya, aku mesti. Tiada apa yang dapat menghalang. Nak cerita bab yang memalukan dalam hidup aku. Kelakar pon ada la juga kan. Last two week, perkara nie jadi dalam ming

Sekian Lama... Aku Kembali Lagi...

          Assalamualaikum wbt...maaf sangat-sangat...ingatkan baru sebulan meninggalkan blog kesayangan ni, rupanya dah hampir menginjak ke 3 bulan. MasyaAllah. begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita yang senantiasa alpa dengan duniawi. Sebenar masih banyak yang ingin aku sampaikan, tapi.... aku tidak tahu dimana ingin mulakan dan dimana patut diberhentikan. Kita flash back lah yer, nie cerita masa bulan puasa aritu.                   Macam yang semua sedia maklum, cuti pada semester lepas adalah yang terbai, sebabnya cuti 4 bulan. Hehehe... Tapi bagi aku, cuti tu hanya 2 bulan jer, sebab aku buat short sem dalam cuti tu. Lepas habis short sem, aku pon balik la ke Kedah. Then masuk la bulan Ramadhan. Hujung-hujung Ramadhan tu, aku dapat offer kerja part-time kat sebuah firma guaman di bandar Sungai Petani. Bayaran yang agak lumayan, apa lagi, grab jela kan. Aku pi kerja dengan adik aku. So, xdala bosan sangat kerja kan. Seminggu gak aku pi kerja, lepas tu, masuk la bulan Sya

Al-Hadid

Image
Assalamualaikum wbt... kini kita telah 18 hari melalui bulan Julai, Nisfu Syaaban pon dah lepas. Niat hati nak jugak buat entry berkaitan dengan hari bersejarah dalam Islam, tapi niat tinggal niat jela, saya busy dengan hal-hal yang entah apa-apa. So untuk itu, semperna bulan Syaaban nie, saya nak share kandungan atau maksud 5 ayat dalam surah Al-Hadid. Yang bermaksud, *Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. *Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  *Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   *Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya da

Selamat Hari Lahir

Image
Assalamualaikum wbt..selamat hari lahir yang ke-23 untuk diriku sendiri, untuk mak yang tersayang, untuk hafiza hanis, untuk cikgu ayu, untuk karpal singh, untuk karpal singh jr., untuk boy dan untuk semua yang menyambut hari lahir yang sama tarikh dengan saya. Dikala saya menulis entry ini, buat kali pertama menyambut hari lahir di perantauan dan juga kali pertama menyambutnya seorang diri, maksud saya tanpa mak disisi. Sebabnya, tiap-tiap tahun saya pasti akan menyambut hari lahir bersama mak dirumah, cumanya tahun nie, saya di johor. Tak apa, nextweek dah nak balik, so dah boleh celebrate dengan mak. yeay..yeay... tak sabar rasanya nak balik rumah, walhal, baru jer pagi tadi sampai dari kedah. Tahun demi tahun usia saya menginjak dewasa, tapi mak dan adik bilang, saya masih tak matured. Maybe sebab perangai saya yang kadang-kadang nampak kurang serious. Saya boleh jadi always serious, cuma saya takot orang akan tidak menyukai saya. Hehehe... Alasan semata... tahun nie saya dapat

JUN

Image
Assalamualaikum wbt… pada pembaca blog kesayanganku ini… pejap celik pejap celik dah masuk bulan jun, sedar tak sedar jugak tinggal lagi beberapa minggu ja aku akan habiskan semester pendek kat Uthm nie. Erm sungguh tak terasa masa begitu cepat berlalu. McD kat Taman U pond ah siap, dan aku dah 3 kali la pi makan kat sana. Hehehe… so sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.36am 15 June 2011. Aku rasa macam ada sedikit kelapangan kan, so nak rangkaikan semua cerita yang tertunggak la. Sebenarnya banyak kejadian yang telahpun berlaku dalam kehidupanku, Cuma masa yang tak cukup untuk stay depan laptop dan mengarang cerita-cerita about my life nie. Ayat macam aku nie seorang yang teramatlah sibukkan. Bulan Jun jugak adalah bulan kelahiran aku. Aku harap tahun nie aku..... ntah lah, buat masa sekarang aku takdak wish apa-apa lagi.... Ok2 back to the real story… Kejadian : 1)       WEDDING FARAH & PYAN Actually wedding Farah & Pyan nie pada bulan 21 Mei akad nikah then pada 22 Mei

Jika Tiada Jodoh Antara Kita

Image
Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau menyalahkan takdir Kerana itu memang suratan antara kita Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau berikan aku alasan Alasan mengatakan aku curang Jika tiada jodoh antara kita Terimalah seadanya Bahawa aku bukan untukmu Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau merosakkan dirimu Kerana mungkin ada cinta sejati menantimu Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau berdendam kepadaku Kerana itu bukan kehendakku Jika tiada jodoh antara kita Biarlah kenangan itu berlalu Usah engkau simpan lag i Jika tiada jodoh antara kita Mungkin itu terbaik untukmu Untuk memdapat cinta yang baru Jika tiada jodoh antara kita Mungkin itu adalah hikmah Kerana itu adalah yang terbaik untuk kita Jika tiada jodoh antara kita.. Aku redha...Aku pasrah dengan ketentuan-Mu Ya Allah... Hanya Engkau Maha Mengetahui mana yang terbaik buat diriku ini... Ingin sekali aku pergi bawa diri Tapi ke mana arah Rasanya sudah tak kuasa lagi Persoalan ini

Majlis Malam Sekalung Budi Seindah Harapan

Image
Assalamualaikum wbt....lama bebenor x update blog kan..soryy sgt yer... lately amatlah bz dengan assignment, test, present project.  Tapi alhamdulillah hampir semua dah settle, tinggal lagi dua project yang on progress. hurm, nak cerita apa erk. Aku sebenarnya banyak sangat nak share dengan korang cuma masa  tak mengizinkan untuk aku share banyak kat sini, apa yang sempat aku karang jela erk. Ok firstly, baru-baru nie aku ada apply jawatan JKK kolej Taman Universiti. Tempat aku tinggal sekarang nie la. Macam tak besa lak, time UTM dulu pon aku dah pernah jadi JKK Kolej kan, so aku rasa macam lain bila aku tak ada apa2 nak dibuat time aku free, tapi time aku buzy, Allah jela yang taw betapa penatnya diri aku nie kan. Tapi aku percaya semua perancangan Allah adalah yang terbaik untuk diri aku. So jawatan yang aku dapat RAKAN BIRO PERHUBUNGAN & PENERBITAN. Aku sebenarnya amatlah tak kisah dengan jawatan yang aku dapat. As long as aku ley buat kerja, insya Allah, I will try my best unt

Minta Dijauhkan Dari Segala Sifat2 Yang Terkeji

Assalamualaikum wbt...sebenarnya entry asal saya dah pon mula menulis, tapi masih belum siap pengakhirannya. Minta maaf yer. Tapi tadi nie ada baca something kat wall post kawan tajuknya : JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI.. Then rasa terpanggil untuk share kat blog la..benda baik kn..kena lah share... nak mintak dengan ownernya, xleh nak komen lak..so saya letak linknya disini, kalu lah ownernya terbaca..saya minta izin yer share kat blog... Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :  " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah " . 1. Wanita Ananah   : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 2. Wanita Mananah  : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah t