Sekian Lama... Aku Kembali Lagi...

          Assalamualaikum wbt...maaf sangat-sangat...ingatkan baru sebulan meninggalkan blog kesayangan ni, rupanya dah hampir menginjak ke 3 bulan. MasyaAllah. begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita yang senantiasa alpa dengan duniawi. Sebenar masih banyak yang ingin aku sampaikan, tapi.... aku tidak tahu dimana ingin mulakan dan dimana patut diberhentikan. Kita flash back lah yer, nie cerita masa bulan puasa aritu.
         
        Macam yang semua sedia maklum, cuti pada semester lepas adalah yang terbai, sebabnya cuti 4 bulan. Hehehe... Tapi bagi aku, cuti tu hanya 2 bulan jer, sebab aku buat short sem dalam cuti tu. Lepas habis short sem, aku pon balik la ke Kedah. Then masuk la bulan Ramadhan. Hujung-hujung Ramadhan tu, aku dapat offer kerja part-time kat sebuah firma guaman di bandar Sungai Petani. Bayaran yang agak lumayan, apa lagi, grab jela kan. Aku pi kerja dengan adik aku. So, xdala bosan sangat kerja kan. Seminggu gak aku pi kerja, lepas tu, masuk la bulan Syawal. 
          
       Plan untuk raya kali nie, nak buat biskut sendiri, jahit baju raya sendiri. But, lastly, biskut raya tak dapat nak disiapkan banyak sebab kekangan masa. Adik aku buat pon, time malam-malam lepas balik kerja, aku pulak sambung jahit baju. macam tu lah kami berdua sepanjang seminggu kerja dan juga seminggu sebelum raya. Sibuk betul lah, kalau tengok keadaan rumah time tu, ad0yaiiii..... macam kapal karam. Hehehe...Baju aku dengan adik aku dah siap jahit, cuma nak touch-up sikit-sikit lagi cantik la baju kami. Ayat bangga siot.            
          
           Tapi raya aritu, kami tak sempat nak melaram dengan baju raya jahit sendiri, sebab sibuk sangat dok layan tetamu. Aku sendiri pon, time buat open house tu, pakai jeans dengan t-shirt ja. Dah kerjanya di dapur, kalau aku pakai baju raya, agak susah kot nak buat kerja-kerja memasak bagai. So lantaklah orang nak cakap apa kan, janji orang yang mai rumah aku haritu berpuas hati dengan hidangan yang aku masak yang tak seberapa tu. 

          Habis lah cerita raya, tapi cerita yang aku nak sampaikan nie, belum habis lagi. Nie baru 50% jer. Ni aku nak bagi korang yang baca blog aku 1 pengajaran, Kisah nie terjadi kepada adik bongsu aku, dia naik bus dari Sungai Petani ke Seremban. Tapi sampai kat Bagan, orang yang jual tiket kat sana senang-senang ja suruh adik aku turun dari bus tu, then naik bus lain yang akan ke Kuala Lumpur Only. Dorang tu bagi kat adik aku duit RM10 then tiket yang asal tadi dorang ambek balik. So aku dengan ayah dan adik aku yang sorang lagi pi la kat kaunter tiket di Sungai Petani, tanya pasal benda nie, jawapannya mudah bebenor, dorang akan fix balik. tapi kesudahannya, adik aku ditinggalkan di kota Kuala Lumpur sorang-sorang. Call kat driver bus, dah tutup phone. Macam apa ja dorang ni. Then mak aku call kat Pak Ndak aku, minta tolong tgkkan adik aku ni, tapi pak ndak cakap dia nak pi hantaq adik aku ke Seremban. Kami syukur sangat-sangat. Pengajarannya disini, kalau korang dah naik bus tu, jangan turun dah. bertegas yang korang tak mau turun, korang  cakap, kalau korang turun, korang akan report kat JPJ. Ingat Tu!!!

         Lastly, pasal aku la pulak kan, sekarang aku dah masuk semester baru, which is consist of my PSM 1. Cuak okay, macam-macam kena buat. Ada member aku yang repeat paper, yang tukar section and so on. I hope this semester I can do better than last semester. InsyaAllah. Pray to Allah to help me. Only Allah can help me. This semester I will start my research, wish me luck yer. My topic is about GPS system error, so anyone can help me? Its all about me, end now. Adios...Bye...

Sebelum mengakhiri entry coming back aku nie, aku serta ayat dan terjemahan dari Surah Al-Fatiha... Harap kia sama-sama dapat menghayatinya. Amin.
Surah Al-Fatiha
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١) 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn