Thursday, October 27, 2011

Malu dan cemburu

Assalamualaikum wbt...

        Maaf lagi sekali. Beribu kali maaf pon, tapi asyik juga melakukan hal yang sama. Itulah fitrah manusia, tiada yang sempurna, begitu juga aku. Aku berasa begitu sedih dikala ini, aku sendirian di bilik, roomate semua tak ada, ada yang ke kelas dan ada juga yang ada discussion untuk presentation. After maghrib tadi, aku terbuka profile akis, then nampak lah dia dengan gf baru dia. Memang di mulut aku cakap yang aku happy bila tengok dia dah happy sekarang, tapi hati aku. Aku tak mungkin dapat tipu yang aku sebenarnya sangat sakit tengok mereka berdua bahagia, sedangkan aku, masih sendiri, masih mencari siapa diri aku, masih tak tahu hala tuju hidup, aku yang masih ntah apa-apa lagi.
         So sekarang tak nak la cakap pasal benda yang sedih nie lagi, aku mesti move on. Aku mesti melakukannya, aku mesti. Tiada apa yang dapat menghalang. Nak cerita bab yang memalukan dalam hidup aku. Kelakar pon ada la juga kan. Last two week, perkara nie jadi dalam minggu yang sama. Hari ahadnya, aku adala receive 1  private mail from someone nie, dia komen tentang profile picture aku di FB, katanya ramai perempuan tak pandai nak tonjolkan kecantikan diri melalu cara yang betul, itu la yang aku paham dari ayat dia. Kalau silap, aku perasan la maknanya tu. Hehe. Then, aku nie kan jenis yang suka sangat nak share dengan adik kesayangan aku pasal hal-hal yang terjadi dalam hidup aku, aku pon cerita la dari A to Z. Part yang memalukan tu bila, aku pegi copy ayat mamat tadi, then aku pi sent balik kat mamat tu, siap dengan aku letak picture mamat tu. Supaya adik aku senang nak bayangkan. Kononya, aku kakak yang sangat prihatin la kan, tak nak susahkan adik aku untuk cari profile mamat tu. Tapi aku bernasib baik, sebab mamat tu, macam tak paham ja apa yang terjadi, so aku pon minta maaf jela kat dia. Hehe..
Perkara memalukan yang kedua terjadi dalam hidup aku adalah, time buat lab machine, motor yang kami guna tu tersalah ambek supply power, sepatutnya hanya 50v, tapi kami letak 400v punya. Dah macam motor boat la jadinya motor kami tu. Aku nie kan jenis yang tak berapa nak kuat semangat sangat kan, so aku pon terkejut, bila dah terkejut, aku melompat tak ingat dunia la.. Dah lompat tak pa la, ini siap dengan aku pegi peluk belakang badan kawan aku lagi. Ya Allah bertapa malunya diri aku masa tu, hanya Allah ja yang tahu. Aku mati-mati ingatkan kawan yang aku peluk tu adalah kawan perempaun aku, tapi rupanya dia adalah kawan lelaki. Nasib baik dia pon cover aku juga la, dia diamkan jer hal tu. Thanks yer fren. Hehehe.
          Itu saja dulu dari aku buat masa sekarang, next week aku dah nak balik rumah, cuti raya kan, sangat tak sabar nak jumpa dengan mak ayah aku. Sebut pasal ayah, korang nak taw, ayah aku siap pesan, suruh aku belikan dia topi koboi kat Pekan Air Hitam. Insya Allah aku akan usahakan. sebelum berakhir penulisan aku nie, meh aku nak share sikit kata-kata yang aku cedok dari blog apa ntah tadi aku buka. Sorry yer. Terlupa nak save. Katanya :


Malu itu indah.
Malu itu fitrah.
Janganlah menjadi orang yang langsung tidak tahu malu.
Bergaul sebebas - bebasnya sesama lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak seorang Muslim. 
Berpada-padalah, jaga iman sesama sendiri.

Sekian, wassalam....