Posts

Showing posts from December, 2020

Menelusuri Rindu

 Assalamualaikum wbt...  Alhamdulillah... Aku masih diberi kesempatan untuk mencoretkan penulisan disini. Tadi ingatkan dah hilang lah akaun blog ni, sebab dah terlupa password.   So nak mulakan dengan lirik lagu sebab sehari dua ni, ashik terngiang-ngiang lagu ni dalam kepala. Tak tahulah kenapa. So jom lah kita hayati bait-bait liriknya yaa. Song by Awis Spin Indah asmara berbunga cinta Harumnya seperti haruman kasturi Dalam ingatanku hanya engkau kekasih Ku berjanji sehidup semati Hiasan warna pelangi rindu Engkaulah bidadari yang lama ku tunggu Dalam penantian tidak terbatas waktu Terjemput cinta di hujung rindu Bila kalam berbunyi segalanya terbukti Ku tetap simpan kasihmu di dalam hati Menelusuri mimpi yang tak berkunjung sepi Kau hadir melengkapi Di keheningan malam, di terangi rembulan Cahaya yang memancar melakari bayangmu Aku di perantauan, kau yang aku tinggalkan Namun cinta kan bersatu Bila kalam berbunyi segalanya terbukti Ku tetap simpan kasihmu di dalam hati Menelusuri m

Coretan Hati

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.  Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.  Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi bukan sebab tak sayang, tapi kerana kita sedar yang dia akan lebih bahagia dengan yang orang lain.  Life must go on.  Mereka gembira dengan cara mereka.  Saya gembira dengan cara saya.  Jalan hidup kita ni ada 2, satu yang telah Allah tentukan, dan satu lagi yang dipilih sendiri oleh kita.  Jangan kita dengan mudahnya nak menyalahkan takdir, sedangkan kita yang buat pilihan tersebut.