Posts

Showing posts with the label Hati

Coretan Hati

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.  Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.  Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi bukan sebab tak sayang, tapi kerana kita sedar yang dia akan lebih bahagia dengan yang orang lain.  Life must go on.  Mereka gembira dengan cara mereka.  Saya gembira dengan cara saya.  Jalan hidup kita ni ada 2, satu yang telah Allah tentukan, dan satu lagi yang dipilih sendiri oleh kita.  Jangan kita dengan mudahnya nak menyalahkan takdir, sedangkan kita yang buat pilihan tersebut.  

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

Image
Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar. Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “ Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan. ” Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam: 1. Berkemampuan Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ï·º Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah : “Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.” Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk...

CONVOCATION UTHM 2012

Image
Assalamualaikum dear reader.. Hari ini saya nak cerita tentang perjalanan majlis graduasi saya yang telah selamat diadakan pada 4 November 2012. Untuk makluman semua, saya dapat tahu tarikh untuk graduasi kali ini sangatlah suntuk, jadi untuk mencari tempat tinggal sepanjang majlis berlangsung, sangatlah susah. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 6 petang 2 November 2012, kami singgah ke Seremban terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Kami sampai ke Batu Pahat lebih kurang jam 3 pagi. Pada mulanya kami akan bermalam di transit Balai Bomba Batu Pahat, tapi disebabkan terdapat salah faham, kami terpaksa ke Balai Bomba Rengit. Nasib kami baik kerana rumah transit di Balai Bomba Rengit tersangatlah selesa. Tapi gambar tak sempat nak snap pulak, maaf ya... Sepanjang berada kat Johor, kami sempat juga lah untuk berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik, antaranya Legoland, Puteri Harbour, Kota Iskandar, Kukup, Skudai tu antara yang ingat la. Hehehehe. Yang ni ...

Al-Hadid

Image
Assalamualaikum wbt... kini kita telah 18 hari melalui bulan Julai, Nisfu Syaaban pon dah lepas. Niat hati nak jugak buat entry berkaitan dengan hari bersejarah dalam Islam, tapi niat tinggal niat jela, saya busy dengan hal-hal yang entah apa-apa. So untuk itu, semperna bulan Syaaban nie, saya nak share kandungan atau maksud 5 ayat dalam surah Al-Hadid. Yang bermaksud, *Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. *Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  *Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   *Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik p...

JUN

Image
Assalamualaikum wbt… pada pembaca blog kesayanganku ini… pejap celik pejap celik dah masuk bulan jun, sedar tak sedar jugak tinggal lagi beberapa minggu ja aku akan habiskan semester pendek kat Uthm nie. Erm sungguh tak terasa masa begitu cepat berlalu. McD kat Taman U pond ah siap, dan aku dah 3 kali la pi makan kat sana. Hehehe… so sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.36am 15 June 2011. Aku rasa macam ada sedikit kelapangan kan, so nak rangkaikan semua cerita yang tertunggak la. Sebenarnya banyak kejadian yang telahpun berlaku dalam kehidupanku, Cuma masa yang tak cukup untuk stay depan laptop dan mengarang cerita-cerita about my life nie. Ayat macam aku nie seorang yang teramatlah sibukkan. Bulan Jun jugak adalah bulan kelahiran aku. Aku harap tahun nie aku..... ntah lah, buat masa sekarang aku takdak wish apa-apa lagi.... Ok2 back to the real story… Kejadian : 1)       WEDDING FARAH & PYAN Actually wedding Farah & Pyan nie pada bulan 21 Mei akad nikah the...

Jika Tiada Jodoh Antara Kita

Image
Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau menyalahkan takdir Kerana itu memang suratan antara kita Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau berikan aku alasan Alasan mengatakan aku curang Jika tiada jodoh antara kita Terimalah seadanya Bahawa aku bukan untukmu Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau merosakkan dirimu Kerana mungkin ada cinta sejati menantimu Jika tiada jodoh antara kita Janganlah engkau berdendam kepadaku Kerana itu bukan kehendakku Jika tiada jodoh antara kita Biarlah kenangan itu berlalu Usah engkau simpan lag i Jika tiada jodoh antara kita Mungkin itu terbaik untukmu Untuk memdapat cinta yang baru Jika tiada jodoh antara kita Mungkin itu adalah hikmah Kerana itu adalah yang terbaik untuk kita Jika tiada jodoh antara kita.. Aku redha...Aku pasrah dengan ketentuan-Mu Ya Allah... Hanya Engkau Maha Mengetahui mana yang terbaik buat diriku ini... Ingin sekali aku pergi bawa diri Tapi ke mana arah Rasanya sudah tak kuasa lagi Persoalan ini...

Bicara Hati

Image
Dikala hati tidak keruan ketika ini, apa lagi yang mampu aku lakukan hanyalah berserah segala-galanya kepada Allah SWT. Kenapa ini semua harus terjadi kepada diri aku?? aku tidak sekuat yang disangka, aku mudah lemah dengan semua dugaan yang mendatang. Kalau aku bersalah, aku mohon maaf, tapi jangan buat aku macam nie. aku tak mampu bertahan tengok layanan mu yang amat dingin terhadap ku. dengan orang lain boleh engkau bercerita itu dan ini, tp dengan aku, kau pandang pun tidak. aaarrghhh....aku benci diperlakukan sebegini.

10 Tips Melupakan Seseorang

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari... 2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung 3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi.. 4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... . 5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala... 6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri... 7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu U...

Kebahagiaan...

Ya Allah....sekiranya kebahagian ini milik aku....Kau kekal kan lah iya Ya Allah...happy sangat-sangat sebab dapat chat dengan someon yang aku tunggu-tunggu sekian lama....baru kini dia muncul...dan memberi aku harapan baru untuk mencari erti kegembiraan dan kebahgiaan.....thanks for everything my dear....

Mood...

Assalamualaikum wbt...dikala malam bulam mengambang....aku rindukan seseorang la.....erm siapakah dia....???itu yang menjadi tanda tanya??????hahahaha..confius dengan diri sendiri....apa kes nie nuraini......huhhhhh..... pi tdoq lagi baguih laa.....

kesepian...kesedihan...kesunyian....kekecewaan....

Assalamualaikum wbt...tengok tajuk untuk entry aku kali nie macam apa ja kan....entah la wahai kawan-kawan sekalian...dikala ini memang hati aku tengah rasa macam tu...lepas satu...satu ja cerita yang sampai kat telinga aku nie... Orang yang aku sangka sayangkan aku lebih dari seorang sepupu...kini amat mengecewakan aku...buat sekian kalinya....aku pon tak taw kenapa dengan aku...dengan dia jugak aku nak letakkan harapan sedangkan..mak aku serta adikku serta rakan-rakan baikku menyatakan yang aku dengan si dia tidak akan kekal ke mana-mana...aku pon pelik jugak dengan perangai aku sendiri...bukan aku tak nampak or tak taw apa yang dia dah buat dibelakang aku...tapi....perasaan sayang aku....aku amat yakin sekarang yang sayang aku pada si dia TIDAK LEBIH SAYANG SEORANG ADIK KEPADA SEORANG ABANG. ...korang nak taw...siang tadi ada la sorang pompuan nie...call aku time aku kat post office...aku pelik ja tgk num phone nya...014xxxxxxx.....dah call dengan x ba...

bengang

aku bengang sangat dgn ketua kumpulan kenegaraan aku...nant aku cerita len k...

miss someone...

Image
a _ _ l...where are u...??? i miss u so much.... giler sikit entry kali nie... hahaha.... p/s : mood quiz...hehe...hopefully dpt buat quiz nant...

Heran2....Pelik pon ada jugak...

Image
nak kata dah kahwin, rasanya belum lagi, bila tanya bila nak kawin? entahlah..... x tau lagi.... perangai mengalahkan org dah kawin berkepit sana-sini, padahal bukan muhrim, ikut trend masa kini.. heran....pegang tangan tak takut dosa ke, berpeluk-pelukkan x tau malu ker, tak kasihan mak bapak ker, hantar suruh belajar kau buat leka... nak kata tak belajar agama, kecik-kecik mak bapak hantar, sekarang nak salah siapa kalau buat dosa, sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar... belajar tinggi sampai gayat, tp tak amal sepanjang hayat, islam tu kan penyelamat, bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ? sana sini buat wayang, orang tengok naik bengang, itu belum lagi rumput kat padang, kalau idup sure kena terajang... dulu masa single okey jer, sekarang dah couple banyak lak dosa, bila org tegur buat derk jer, apa kulit dah tebal nak masuk neraka?... masa buat x tau malu, ikut sangat telunjuk nafsu, buat maksiat x segan silu, sekarang lagu mana... susu dah jadi keju.. suruh sembahyang.....

Cinta Ibarat Menunggu Bas...

Image
Assalamualaikum wbt....entry kali nie aku just ambek dari kawan ko-Q aku...thanks Ikhwan sbb bg sy artikel yg menarik nie..so aku nk share la benda baik nie dgn korang semua.... This is funny but may be true....... Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.... Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda,"Eee... penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik, anda katakan pada diri anda, "Saya akan tunggu bas yg lain." Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yang lain. Kemudian, datang pulak bas yang kedua. Anda nengok bas tu dan anda akan cakap, "Eee... bas ni buruk sangat...mesti tak selesa dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm....