Cinta Ibarat Menunggu Bas...
This is funny but may be true.......
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas....
Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda,"Eee... penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik, anda katakan pada diri anda, "Saya akan tunggu bas yg lain."
Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yang lain. Kemudian, datang pulak bas yang kedua. Anda nengok bas tu dan anda akan cakap, "Eee... bas ni buruk sangat...mesti tak selesa dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... takde air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain."
Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan anda bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yang anda pula dah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Kemudian barulah anda sedar bahawa...anda dah naik bas yang salah.
Jadi, selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda nak. Walaupun yang datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda?
Jadi, (terutamanya golongan lelaki) perempuan pun samalah mengingini apa yang anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yang perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang macam ni.
.:: xde gune kalo kapel bagai nk mati tp xde jodoh..wat abes masa n duit ja.. n xda istilah kapel dlm Islam...wat tambah dosa korang ja::.
Comments