Al-Hadid

Assalamualaikum wbt... kini kita telah 18 hari melalui bulan Julai, Nisfu Syaaban pon dah lepas. Niat hati nak jugak buat entry berkaitan dengan hari bersejarah dalam Islam, tapi niat tinggal niat jela, saya busy dengan hal-hal yang entah apa-apa. So untuk itu, semperna bulan Syaaban nie, saya nak share kandungan atau maksud 5 ayat dalam surah Al-Hadid. Yang bermaksud,

*Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

*Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

*Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  

*Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy;Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. 

*Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

entah kenapa masa terbaca tafsir tadi, amat tersentuh bila terbaca ayat nie. itu yang nak kena share jugak dekat blog kesayangan nie.

p/s : Nak ucapkan tahniah buat Kak Hannah, sebab dah preggy second baby....myiesha akan dpt adik la lps nie...


Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn