Friday, December 30, 2011

Benci

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku nak share ilmu hal rumah tangga la pulak, tapi korang jangan la pula nak salah sangka okay. Aku masih single, dan belum ada lagi tanda-tanda untuk berumah tangga, cuma tadi nie terbaca artikel nie, that why aku nak share kat sini. Bagi readers aku yang dah berumahtangga, jadikan la isi artikel nie sebagai pedoman, bagi yang masih single macam aku nie, belajar-belajar la jugak k, sebab kita nanti pon akan berumahtangga...hehehe :-)


7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI 

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)". Dr Fadillah kata 'JGN CABAR SUAMI' .. nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) spt keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje. Ade isteri kata - mekap utk suami tapi kat rumah tak mekap pun.

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan.. sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2.

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi..


7G SEBAB ISTERI BENCI SUAMI 

G1. Gatal
Miang sangat sampai tak boleh tengok perempuan jalan sebelah pasti nak jeling

G2. Garang
Suami yang garang pantang silap sikit dah menengking, depan anak pun nak tengking kita

G3. Gelojoh
Tak pernah membelai isteri dengan lemah lembut, terlalu gelogoh

G4. Ganjil
Ada perangai yang pelik, contoh, menyalak tengah malam atau sbgainya

G5. Gagal
Cepat mengaku kalah , gagal sekali baginya gagal segala-galanya. Lelaki ini Dr Fadillah Kamsah pun

G6. Goyah
Tak ada prinsip, kejap2 tukar keputusan. Dr Fadilah cakap kalau perempuan dia tak kisah,tapi kalau lelaki baik tak payah hidup

G7. "Gap"
Ada "gap" antara suami dan isteri (Berpura-pura). Contoh, suami depan orang ramai baik hati, lemah lembut tapi dengan isteri kasar, garang, malas tak abaikan tanggungjawab.



Selamat berubah untuk kebahagian rumah tangga...hehehe....


No comments: