AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI.....


AWAS BETAPA BAHAYANYA BUDAYA COUPLE INI...IA ADALAH JALAN MENGHAMPIRI ZINA

Berikut dinyatakan bahaya dan keburukan budaya yang tidak sihat ini mudah-mudahan individu yang bergelar REMAJA DAN PELAJAR tidak terlibat dengannya.

KEBURUKAN DAN BAHAYA BERCOUPLE:

1. Melanggar perintah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32)
Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang tiu kepada perbuatan keji tersebut.

2. Langkah pertama kepada berlakunya zina

Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bia seseorang telah melakukannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

3. Melanggar perintah Allah SWT yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…’.” (Al-Nur: 30-31)
Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan.

4. Melanggar amaran Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

5. Sentiasa berteman dengan syaitan.maksud hadis Rasulullah saw

“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani pasangan ini?. Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.

6. Melanggar ancaman Rasulullah saw yang bermaksud :

Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.( al-Tabarani)
Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?. Sekiranya tidak, maka hebat benar iman mereka ini.

7. Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet. Sehingga ada pelajar yang sanggup ‘berpuasa’ untuk berjimat wang saraan sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.

8. Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Iimu hanya menghuni di hati yang suci bersih.

9. Mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’.

10. Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka.

11. Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal.

12. Dimasukkan ke dalam neraka ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah saw. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT.

13. Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran golongan ini tidak akan mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.

14. Hilang maruah dan harga diri kerana terlanjur melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.

15. Boleh mengeruhkan ikatan perkahwinan yang akan datang sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya. Adakah pasangan yang bercinta pada zaman zaman persekolahan akan kekal hingga ke alam perkahwinan dan apakah perasaan anda sekiranya anda dapat tahu suami atau isteri anda pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?. Fikir-fikirkan.

Perlu diingatkan bahawa syaitan akan menjadikan mereka yang terlibat dengan budaya couple ini merasakan perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan kepada mereka. Maka pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan yang diberikan ialah untuk mendapat dorongan belajar, untuk menenangkan fikiran, tidak ingin ketinggalan zaman, untuk memudahkan ‘study group’ dan beribu alasan lagi. Semua itu adalah tipu helah dan jerangkap samar yang dipasang oleh syaitan untuk memerangkap remaja Islam masa kini.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

sumber : baitulmuslim.com

Comments

Popular posts from this blog

private....

mEniTi sUrAtAn

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam