I’m Back

Assalamualaikum wbt…setelah dekat sebulan aku menyepikan diri, baru malam nie aku berkesempatan untuk nak tulis something kat blog kesayangan aku nie… sorry for everything… sebenarnya aku banyak sangat cerita yang aku nak story mory kat korang semua…tapi entah lah, time ngadap laptop jer, aku jadi speechless…typingless lah…hehehe J By the way, disini aku nak wat penguman sikit..bukan nak umum apa pon, just nak wish, selamat berpuasa, selamat berhari raya kepada semua rakan bloggers….hahaha….raya pon dh separuh bulan aku baru nak wish semua nie kan… sekiranya aku ada terkasar bahasa semasa menulis di sini, aku mohon beribu kemaafan dari korang semua, aku tak bermaksud langsung untuk lakukan hal yang demikian. Aku pon sekadar insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan dan segala kekhilafan tersebut memang datangnya dari kelemahan diri aku sendiri. Aku tahu semua tu. Hanya satu yang aku pinta, maafkan aku yer.
                Cerita bab raya nie, tahun nie aku ada happy story also sad story. Pertamanya, malam 1 Syawal, dikala semua umat Islam tengah bergembira untuk menyambut Syawal yang mulia, kami sekeluarga digemparkan dengan berita yang mengejutkan. Tok ndak aku meninggal dunia, betapa bertuahnya dia, dia ambil diwaktu menjelangnya 1 Syawal. Salam takziah buat keluarga tok Ndak. Kebetulan pada tahun nie, kebanyakan anak-anak tok ndak giliran berayanya di sini(umah tok ndak). So ramai la sedara mara yang hadir bagi member penghormatan yang terakhir. Aku dengan mak serta adik-adik aku pegi ziarah pada malam raya tu jugak, sebabnya, tok ndak kabarnya akan dikebumikan sebelum solat jumaat. Haa nie lagi satu, tok ndak meninggal pada malam jumaat. Sebelum aku ke Penang, aku singgah kat umah mak su aku dulu untuk beli kuih raya…hehehe J Tapi, dapat pulak lagi satu berita, Putih, anak sulong mak su accident. Dia patah paha kanan, patah tangan kiri. Lepas dah habis membeli, aku terus drive ke Penang. Malam tu sampai balik umah pukul 2.30 pagi. Mengantuk bukan nak kata la kan. Amatlah mengantuk, tapi excited nak raya menyebabkan aku dengan adik aku yana, tak dapat nak lelapkan mata. Tambah plak, ingatkan malam tu, pak ndak and pak lang dah on the way balik ke sini, so dorang akan tidur kat umah aku la. Tapi dorang sampai Penang pon dah nak pagi, so dorang stay kat Penang dulu, baru mai umah aku.  
                Cerita keduanya adalah, tahun nie kami sekeluarga dapat beraya bersama dengan family kak aku. Tahun lepas kak aku  tak balik sebab dia dok tunggu hari untuk melahirkan Aqil fitri. So tahun nie merupakan tahun pertama Aqil beraya dengan semua orang. Balik kali nie Aqil well behave jugak, good boy. Mak long syg sangat kat anak-anak Mak long bertiga nie. Walaupon dorang nie, kepala angin sorang, especially si Afiq Danial tu. Tapi mak long tetap saying korang.  Mia nie sorang lagi, seorang yang amatlah rajin mengemas, menyapu memang perangainya sama dengan mamanya…hahaha J Lagi pon family pak ndak and family pak lang balik beraya di kedah tahun nie. Nak pulak kami sekeluarga beraya di rumah baru tahun nie. Memang happening habis la kan. Kecoh betul kat rumah. Pastu g jalan konvoi berya kat rumah sedara mara. Memang pengalaman yang takkan dilupakan. Cumanya, tahun nie kami tak sempat nak bergambar pakai baju raya, sebabnya busy sangat dengan orang di rumah.
                Tahun nie, dua orang sepupu aku beraya bersama tuning masing-masing. Tinggallah aku sorang-sorang yang stil single. But its ok with me. Have more friend more syok what. Betul x kan?? Tahun depan depa berdua akan beraya sebagai isteri orang. Lupa plak nak gi tau yang 10/10/10 tarikh nie ada sorang lagi sepupu aku yang akan kahwin. Tahniah to kak ninie n en tunangnya. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Kebetulan time farah mai rumah aku tu, aku da la Tanya kat dia pasal abang haizal. Dia kata sekarang abang dah ada awek baru, ntah-ntah tak lama lagi akan break. Farah yang kata ok…not me.... Bagi aku pulak kalu dah jodoh abang dengan mana-mana gurl pon. Aku redha dan pasrah. Aku tumpang gembira untuk abang. Kalu abang happy, adik pon tumpang gambira. Aku tak mau abang menderita macam sebelum-sebelum nie. Aku seedy sangat tengak keadaan abang  lepas apa yang dah dia lalui. Mak ndak dah cerita yang abang terkena buatan ex-tunang dia dulu. Aku tak sangka yang dorang sampai macam tu sekali berdendam, padahal dia yang cari pasal dulu. Itulah reality kehidupan sekarang kan, pelbagai ragam manusia dapat kita lihat. Berbalik pada cerita abang aku yang sorang nie, dia sekarang dah makin pulih, dah dapt keja yang ok lah, dah ada awek muda, dengar katanya, tahun depan dorang pulak yang nak naik pelamin. Adik doakan yang terbaik untuk abang dan pasangannya.
                Macam yang telah aku katakana tadi, bersempena dengan comeback aku dalam dunia maya nie, aku nak kita semua flashback jap ke bulan puasa aritu. Tahun nie merupakan tahun pertama aku beraya di Johor, so kena pulak dapat member Kedah yang ramai. Pada awal puasa aritu, kami decide untuk balik ke rumah masing-masing. Fiza plak ikut aku balik rumah, Cuma yang tak bestnya, aku ta k dapat nak bawak dia pi jalan ke tempat-tempat menarik di Kedah. Balik pon tak lama kan. Kami balik drive sendiri. Kredit to Atul. Naik keta dia lah. Teramatlah penat perjalan ke Kedah kalu drive sendiri. Sebabnya, dari pagi sampai malam kami ada class, so tak sempat nak rest, then terus drive balik Kedah. Pada mulanya mak and ayah aku macam tak berapa nak bagi aku balik sebab nak drive sendiri kan. Then lepas tu dorang ok ja. Cuma biasa la kan, mak mana yang tak risaukan anaknya. Tapi akhirnya kami semua selamat sampai di rumah dan selamat kembali semula kat UTHM.
                Lagi nak story pasal apa lagi erk?? Tadi banyak yang aku nak tulis, sekarang dah lost la… erm next time la yer…wassalam….

Comments

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn