Monday, August 29, 2016

Kalau Hati Ini Rama-rama

Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama tidak mencoretkan apa-apa di blog kesayangan nie. Harini terasa ingin menulis kembali,walau pada zahirnya aku tahu, tiada siapapun yang membaca coretan ku ini.

Semakin lama, semakin serious rasa blog aku nie. Dulu kala cerita merepek-merepek saja, sekarang, selaras dengan faktor usiaku, insyaAllah, doakan aku untuk terus berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Tengok tajuk entry kali nie, memang sama dengan tajuk drama yang aku tengah tengok sekarang nie kat RTM TV2 jam 1petang. Ni haa, baru habis episod harini. Aku jadi keliru, apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis skrip melalui drama nie. Nanti jela aku kaji lagi. Hahahaha. Jangan marahkan aku. Aku memang suka cakap macam nie. Say something, then not finish what I've said. That what people always say about me. Huhhh😕

Kalau hati ini rama-rama, mesti aku rasa nak terbang bebas ke merata tempat yang aku suka, dan akan hinggap ke tempat yang cantik-cantik saja. Itu sekadar pandangan aku. Itu apa yang tersurat. Yang tersirat, aku tak dapat nak tafsir lagi. Maybe kena masuk kelas pulak kot. Who knows kan?

Bagi aku, kalau hati aku tak jadi rama-rama pon tak apa lah, janji hati mak ayah aku dapat jadi rama-rama dengan kejayaan anak-anaknya. Aku memang rela berkorban untuk mereka. Apalah sangat pengorbanan aku ni, jika nak dibandingkan dengan apa yang mereka dah buat untuk aku selama 28tahun aku hidup nie. What other people say, just ignore. Kalau nak consider semua, memang payah lah kan.

Untuk pengetahuan(even tak ada orang kisah pon) semua. Aku sekarang masih bergelar penanam anggur, tapi berjaya atau tak, aku pon xtau. Hahahaha. Aku redha. Aku pasrah. Janji aku dapat stay dengan parent aku. Boleh macam tu? Lantaklah. Ade aku kesah? Takburnya bercakap... Maafkan aku. Aku tak sengaja.

Sekian dulu, nak pi tengok channel lain ada cerita apa pulak. Hehehe. Sampai bertemu lagi. Sekarang nak tulis kat blog tak perlu buka laptop dah. Tu yang cepat & senang.

Wassalam

Salam sayang guys. Mmmuahhh....

No comments: