JUN


Assalamualaikum wbt… pada pembaca blog kesayanganku ini… pejap celik pejap celik dah masuk bulan jun, sedar tak sedar jugak tinggal lagi beberapa minggu ja aku akan habiskan semester pendek kat Uthm nie. Erm sungguh tak terasa masa begitu cepat berlalu. McD kat Taman U pond ah siap, dan aku dah 3 kali la pi makan kat sana. Hehehe… so sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.36am 15 June 2011. Aku rasa macam ada sedikit kelapangan kan, so nak rangkaikan semua cerita yang tertunggak la. Sebenarnya banyak kejadian yang telahpun berlaku dalam kehidupanku, Cuma masa yang tak cukup untuk stay depan laptop dan mengarang cerita-cerita about my life nie. Ayat macam aku nie seorang yang teramatlah sibukkan. Bulan Jun jugak adalah bulan kelahiran aku. Aku harap tahun nie aku..... ntah lah, buat masa sekarang aku takdak wish apa-apa lagi.... Ok2 back to the real story…

Kejadian :
1)      WEDDING FARAH & PYAN
Actually wedding Farah & Pyan nie pada bulan 21 Mei akad nikah then pada 22 Mei resepsinya, tapi aku masukkan jela sekali kat sini kan, senang cerita sebab nak bagi ada kesinambungan dengan cerita yang seterusnyakan. Plan asalnya, memang aku tak mau balik, konon nak tunjuk macam aku nie rajin sangat dok belajaq la kan, tp aku tetap tak boleh nak bohong diri aku, aku sendiri rasa macam tak lengkap pulak bila aku tak attend wedding depa nie, sebab farah nie sepupu rapat aku, umurnya hanya 1 tahun tua dari aku. Kami dah macam adik beradik sendiri. Masa nie,aku bertolak balik ke Kedah dulu sebelum kesokkannya aku ke Kuala Lumpur dengan mak dan adik perempuan aku. Mesti yang kata why not aku ke KL jer trus kan, membazir ja balik Kedah, pastu turun balik ke KL. Bg aku aku tak rasa langsung penat or bazir or so ever, sebab aku dapat tengok rumah aku, aku dapat jumpa ayah aku, aku dapat tolong mak aku, family come first kan.. so anything yang libatkan family aku dah tak kisah. Lagipon sebelum ke KL, aku dan mak aku ke Seremban dulu, g jumpa adik aku yang laki tu, dia tak dapat nak attend wedding farah sebab hari isnin dan selasa tu dia ada exam. So exam mesti didahulukan k, dia kata takut nant klu dia pi wedding tu, dh penat, macam mana nak study kan. Lepas dah jumpa adik aku tu, baru kami ke rumah pakndak aku kat KL. Kat sini aku letakkan pic time wedding farah.




2)      WEDDING SYIRA & HASAN
Syira nie sorang lagi sepupu rapat aku. Wedding dia pulak pada 4 June 2011. Time birthday Agong. Time nie memang ramai yang kawen kan. Sebab dah cuti umum kan. Sekali lagi aku balik ke Kedah, sampai kawan aku ada yang teguq aku, rajin betul aku balik. Sedangkan sebelum nie, aku tak balik almost 3 or 4 month. Lepas mid sem break dulu, aku dah tak balik, nie yang aku terkerap sikit balik. Hehehe… time nak balik nie, aku ada cerita menarik jugak la nak share dengan korang semua. Aku balik naik bus, tiket aku pukul 7.45pm, tapi boleh pulak kawan aku yang naik sekali dengan aku, 2 orang lelaki, depa pukul 7.30pm baru nak bertolak dari rumah sewa depa. Aduh… kelam kabut jugak la aku kn, dah la sorang2 kat terminal tu. Pukul 8pm baru depa sampai, nasib baik ada pakcik kutip tiket tu baik hati, dia nak jugak tunggu kawan aku, thanks pakcik. So bus pon bergerak ke terminal di Yong Peng pulak, kena tukaq bus pulak, tunggu dalam 30minit, baru bus yang sebenarny sampai. Naik bus dengan majoritinya adalah pelancong Thai, rasa macam aku pulak yang pegi ke Thai. Hehehe… so dalam pukul 4am aku sampai lah kat kedah. Berbalik kepada wedding syira nie, masa aku pi rumah dia kat Tikam Batu, rupanya banyak lagi kerja yang tak siap lagi. Kotak yang nak bagi kepada tetamu tak buka lagi, teluq tak rebus lagi, barang hantaran ada yang tak cukup lagi and so on. Banyak lak nak list, tapi apa pun itu baru hari khamis kan, semuanya dapat diselesaikan dengan agak sempurna pada hari kejadian. Meriah jugak la weddingnya. Nant aku buh gambarnya k.



3)      NIQAB
Pernah sebelum nie aku ada bagi tahu yang insya Allah aku nak mengubah cara pemakaian aku kan. Aku dah lama niat nak pakai niqab or purdah nie. So dengan menyahut cabaran paktam aku time wedding farah dulu, dia cakap kalu aku pakai purdah mesti muka aku macam arab, letak celak tebai sikit. Ada-ada jela paktam nie kan, tp aku pakai bukan semata sebab tu sahaja k, memang aku dah berniat. So hari khamis, hari yang aku pi rumah paktam, aku pakai purdah, Cuma sedara-sedara aku tak tengok lagi perubahan aku tu, terutama sekali ayah. Masa aku sampai, semua orang terkejut tengok perubahan aku, sampai abg sham, abg kepada pengantin ingatkan adik aku bawak kawan dia. Dia tak perasan yang itu adalah aku. Semua mata tertumpu kepada aku. So dipendekkan cerita, petangnya aku ke Giant Sp, masa dok round-round cari barang, ada la sekumpulan orang tabligh. Korang taw dak apa yang depa buat, mula Nampak aku depa pandang dengan satu pandangan yang aku sendiri tak taw macam mana nak tafsir. Pandangan yang macam nak teruja. Macam tak pernah tengok orang, bila dah macam tu, aku nie rasa takut sangat. Rasa macam terancam pun ada jugak. Dah round punya round, aku Nampak depa tadi lagi, depa macam dok intip-intip. Aduh kalut macam nie. Aku takut sangat. Aku terus balik.
Haa.. lupa lak nak bagi tahu, aku terpaksa postpone niat aku untuk memakai niqab nie, sebab ayah aku tak restu. Disebabkan aku masih dibawah tanggungjawab ibubapa aku lagi, aku amatlah memerlukan restu mereka dalam segala apa jua perbuatan aku, tanpa restu meraka, semua perbuatan aku hanyalah sia-sia. Aku kini faham kenapa ayah aku tak restu dengan perubahan aku. Melalui penjelasan mak pada aku, ayah takut aku cepat berubah hati, takut nanti aku sekejap pakai, sekejap buka niqab aku. Ayah tahu hati aku macam mana, aku rasa walaupun hubungan aku dengan ayah Nampak tidak mesra pada zahirnya, tapi ayah tahu hati aku. Tapi kali nie, aku yakin dengan perbuatan aku, aku dah bulatkan niat. Aku bertekad untuk berubah. Aku dah tak mau buat apa yang pernah aku buat dulu. Aku tak ulang benda yang sama lagi. Aku rasa  bila aku berubah, sedikit sebanyak dapat ianya dapt membantu aku untuk menghalang diri aku dari mengulangi kesilapan lalu. Aku berdoa semoga nanti aku akan mendapat restu untuk perubahan nie.

4)     DEMAM
Minggu lepas ntah kenapa tetiba ja aku demam. Aku pon tak tahu lah kenapa dan macam mana aku ley demam. Tapi aku piker macam nie jela, once kita dapat sakit, sebenarnya Allah nak uji tahap kesabaran kita menempuhi dugaan-Nya. Aku redha Ya Allah. Sampai ke hari nie, dah masuk hari ke-8, aku masih berasa kurang sihat lagi. Lately aku selalu rasa sakit kepala, bahagian dahi and atas kening. Mak aku cakap sebab resdung. Aku pon tak tau la. Nak pi klinik, sorry la, selagi aku boleh tahan, aku tak kn ke klinik. Aku malas la nak manjakan sangat badan. So sampai sini dululah kot yer. Doakan aku cepat sembuh dari sebarang penyakit yer…

wassalam....

Comments

Anonymous said…
salam kasih dari sahabat perantauan :)
sgt teruja bila baca en3 ni... aida sentiasa mendoakan yg terbaik untuk aini... =)
perubhan aini dpt aida rasakan.bila mana aida pun dalam proses mendekatkan lagi diri dgn Allah..

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn