Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah... Aku masih diberi kesempatan untuk mencoretkan penulisan disini. Tadi ingatkan dah hilang lah akaun blog ni, sebab dah terlupa password. So nak mulakan dengan lirik lagu sebab sehari dua ni, ashik terngiang-ngiang lagu ni dalam kepala. Tak tahulah kenapa. So jom lah kita hayati bait-bait liriknya yaa. Song by Awis Spin Indah asmara berbunga cinta Harumnya seperti haruman kasturi Dalam ingatanku hanya engkau kekasih Ku berjanji sehidup semati Hiasan warna pelangi rindu Engkaulah bidadari yang lama ku tunggu Dalam penantian tidak terbatas waktu Terjemput cinta di hujung rindu Bila kalam berbunyi segalanya terbukti Ku tetap simpan kasihmu di dalam hati Menelusuri mimpi yang tak berkunjung sepi Kau hadir melengkapi Di keheningan malam, di terangi rembulan Cahaya yang memancar melakari bayangmu Aku di perantauan, kau yang aku tinggalkan Namun cinta kan bersatu Bila kalam berbunyi segalanya terbukti Ku tetap simpan kasihmu di dala...
Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar. Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “ Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan. ” Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam: 1. Berkemampuan Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah : “Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.” Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk...
Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan. Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi bukan sebab tak sayang, tapi kerana kita sedar yang dia akan lebih bahagia dengan yang orang lain. Life must go on. Mereka gembira dengan cara mereka. Saya gembira dengan cara saya. Jalan hidup kita ni ada 2, satu yang telah Allah tentukan, dan satu lagi yang dipilih sendiri oleh kita. Jangan kita dengan mudahnya nak menyalahkan takdir, sedangkan kita yang buat pilihan tersebut.
Comments
tp yg plg pntg jgn lupa sapa dia pny interior designer. hehe.
lawa gak kn umh kita tp agak sedih nk tgal umh tue. huhu. yelah, tmpt aku dilahirkan...apa2 pn, umh bru wait 4 me....!!! hahaha