Kereta

Assalamualaikum wbt...

Buat adikku yang tersayang, seperti yang telah dijanjikan. Akakmu akan masukkan gambar-gambar yang dipertaruhkan untuk pertandingan mencipta logo untuk mega gathering club kereta wilayah utara. Untuk kalian plak, yang tak taw pasal cerita nie, meh teman kaborkan. Sebenarnya, teman nie ada la jugak join beberapa club kereta proton saga iswara dalam Malaysia nie. Haaa engkau, Malaysia pkai tuu. Hehehe. 

Firstly, meh la aku cerita kat korang semua macam mana aku ley terjebak dengan semua nie. Al-kisah semua nie berlaku masa aku dok menganggur sambil tanam anggur di rumah la. Lepas aku habis diploma, aku tak dapat nak futher study immediately, so keja aku just online...chatting...makan...tidur...kemas rumah sikit...memasak kadang-kadang...itu jela kot. Then satu hari aku ter'click' pasal club kereta. Aku belek-belek, aku macam berminat plak kan. So aku join secara rasminya dalam bulan 8 or 9 tahun 2009. Club pertama yang aku join adalah Club Sagalmst. Sekarang nie aku sendiri dah tak jumpa club nie, dulu dorang punya forum kena hacked. Lepas tu katanya dah pulihkan balik, tapi aku cari tak jumpa jugak. Tak pa la, dah tak jodoh kan kata orang, aku pasrah. Hahahaha. Ntah apa-apa ja nak pasrah bagai. 

Then, aku menyepi untuk seketika dalam berclub maya nie. Mesti la maya kan, aku nie memang jenis suka bersocial, but maya jela. Kalau kat luaq orang jumpa aku, aku nie species malu kejap ja. Hahahaha. Sebab aku nie agak peramah la. Try la korang jumpa aku, kalu tak banyak mulut tu bukan aku la.. Betul tak yana?? Ok, sambung balim cerita, ujung tahun 2009, aku dapat keputusan yang aku dapat sambung study aku kat UTHM. So, aku kenal plak dengan classmate aku yang mna dia jugak merupakan ahli club kereta nie. Beza aku dengan dia, dia jumpa member club in real life, not in online. Aku plak yang sebaliknya. Aku taw dia budak club pon melalui baju yang dia pakai. Dah berkenal-kenal apa bagai, kami pon jadi rapat. So segala event kat area Batu Pahat nie, aku akan menumpang dia la. Aku mana ada kereta sendiri, aku join club pon pakai kereta mak aku laa.

So club aku yang nie adalah Saga Iswara Club(SIC). Club nie antara club yang agak terkenal kat dalam Malaysia nie. Ceruk mana pon insya Allah pasti akan ada members club nie. Satgi aku buh semua gambar yang aku ada k. Don't worry dear. Dari  SIC, aku kenal plak dengan satu forum baru. Aku masih dengan club SIC, tapi aku jugak join dengan forum wilayah utara atau lebih dikenali sebagai Forum Saga Utara. Dalam forum nie plak aku taw lagi banyak club kereta. Rupa-rupanya memang banyak club kereta nie, walaupon jenis keretanya sama saja. Abang ipaq aku pon ada gak masuk club kereta nie, cumanya, dia pkai kereta wira, so dia masuk lah club C99. Dulu dia pkai satria(time bujang-bujang), dari situ lah depa tubuhkan plak C99 sebab semua dah berkeluarga kan. Hahahahaha. Abang ipaq aku nie advance sikit, dia nie racer untuk club dia. Aku nie, erm xtaw lagi laa. Niat hati tu ada jugak teringin nak ambek lesen berlumba. Tapi nant lah kan. 

So picture time :

Kita mulakan dengan picture kelab dulu la k..

Next picture kereta yang aku perdagangkan...




Next picture yang masuk bertanding. Sampai 4 aku hantaq. Nie en Att la yang punya keja, dia suruh aku design banyak-banyak biaq orang penat nak pilih :







Nie detail pasal pertandingan tu :
Salam Warga Komuniti SAGAWARA UTARA....
Seterusnya event kedua dalam kalendar Komuniti SAGAWARA UTARA ialah
HIMPUNAN PEMILIK PROTON SAGA & ISWARA WILAYAH UTARA`V4
Yang bakal berlangsung pada tarikh keramat iaitu 1&2 Mei nanti.

Sehubungan itu,bagi persediaan awal utk event tahunan ini anda adalah layak untuk merekacipta logo untuk himpunan`V4 kali ini.

Syarat & terma:

1)Terbuka kepada semua komuniti SAGAWARA UTARA dan x kiralah samada dari mana2 kelab ataupun tiada berkelab, users dari www.forumsagautara.com juga adalah layak.

2)Tema bebas

3)Karya adalah asli (bukan ciplak dari mana2 logo)

4)Anda layak hantar seberapa banyak penyertaan

5)Boleh hasilkan dlm bentuk grafik/lukisan/lakaran & mestilah bewarna

6)Sebarang karya logo boleh dipost kedalam thread ini

7)Pemilihan logo yg berjaya adalah secara pilihan majoriti

8)Rekacipta logo yang berjaya akan menerima hadiah & sijil penghargaan pada hari event tersebut

9)Tarikh tutup 15hb Mac 2011




Picture peserta lain :














Akhir kata dari saya, Selamat Maju Jaya untuk diri sendiri. Hahahaha. Dah ngantok..Wassalam...

Comments

Liyana Rahim said…
pic no 1 & 4 okeh....tp yg no 4 tuh sesuai jgak la....anyway gud luck...adiahnya apa?

Popular posts from this blog

private....

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

mEniTi sUrAtAn